CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 12

Pesakit Remaja Diberi Layanan Buruk Di Hospital Pasir Mas Kerana Masalah Komunikasi

[Copy link]
Post time 18-1-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan bahawa terdapat masalah komunikasi sehingga menyebabkan timbulnya dakwaan pesakit remaja diberikan layanan buruk semasa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM) minggu lalu.


Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, sehubungan itu pihak HPM akan menjalankan siasatan lanjut dan konsultasi bersama semua pihak terbabit termasuk pesakit dan keluarga.


Katanya, JKNK memandang serius dan akan mengambil tindakan menyeluruh terhadap insiden itu.




Keadaan anak lelaki Azimah yang cedera selepas terlibat kemalangan pada Sabtu lalu. FOTO IHSAN FACEBOOK AZIMAH ABDULLAH ZAWAWI





“Berdasarkan laporan awal, seorang pesakit lelaki yang berusia 16 tahun menerima rawatan di HPM pada 14 Januari lalu akibat kemalangan jalan raya.


“Diagnosis awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan gigi akibat kemalangan motosikal dan rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan HPM telah diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Zaini, kes itu juga telah dirujuk kepada Jabatan Bedah Mulut, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan pakar lanjut dan pesakit telah diberikan janji temu dengan segera.


Terdahulu, tular satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Azimah Abdullah Zawawi di Facebook meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan layanan dan rawatan diterima anaknya semasa berada di HPM pada Sabtu lalu.


Azimah mendakwa, anak lelakinya terlibat kemalangan dan dihantar ke Unit Kecemasan hospital itu untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan di muka dan mulut.


“Luka pada mulut anak saya telah dijahit, doktor meminta Adam Mikhail Nor Azrean dibawa pulang walaupun ketika itu dia masih lemah dan mengalami muntah-muntah.


“Saya dan suami merayu supaya anak dimasukkan ke hospital untuk pemantauan kerana keadaannya masih lemah, namun doktor bertugas memberi alasan wad penuh selain menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya,” dakwanya.


Azimah memberitahu, dia berkali-kali merayu selain meminta anak dipindahkan HRPZ II memandangkan anak perlu dirujuk ke Pakar Bedah Mulut di hospital yang sama keesokan harinya, namun alasan sama turut diberikan pihak hospital.


Katanya, kecewa dengan situasi itu, dia telah membawa anaknya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Babinya alasan komunikasi guna bahasa german ke depa bahasa kelate je x kan x paham
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Si ibu nk anak warded..sedangkan wad penuh.since ank dia less kritikal..balik lah dulu. Si ibu Tak mau terima yang SOP covid masih ada lagi. Gamak gitulah ..kasih sayang ibu bapa vs procedure hospital
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ye lah. yang paling kritikal dia antara kritikal…. kena pilih yg paling teruk dah macam dalam perang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan doktor spiking london dengan makcik pasir mas..agak2 ler.baik la bagi alasan wad dah penuh ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 08:18 PM | Show all posts
Biasanya kalau muntah muntah selepas kemalangan..pengawasan akan dibuat samada di wad atau di benarkan pulang dan terus ke hospital jika nampak teruk...mmmm kena dengan dua belah pihak..................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 10:01 PM | Show all posts
glump replied at 18-1-2023 07:44 PM
Si ibu nk anak warded..sedangkan wad penuh.since ank dia less kritikal..balik lah dulu. Si ibu Tak m ...

klu muntah-muntah, sepatutnya kena ada pemantauan takut ada pendarahan dalaman ke....
lg pun anak dia ada pembedahan esknya, apalah salahnya dibenarkan tgal di hospital....
mgking jarak rumah jauh nak ulang alik.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal dlm berita ni tak tulis kat HUSM jahitan gigi ank dia kena bukak balik sebab dr kt HUSM ckp mcm jahitan hosp pasir mas tu mcm ada yg tak betul. Lepas tu xray balik, dagu anak dia patah sebenarnya. Siap ada tulang retak lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 01:51 AM | Show all posts
ni kena mula siasat dari bahagian emergency.
kalau dah bagitau masa masuk emergency tu muntah2/sawan/pening, biasa nya akan terus hantar xray kepala, kot concussion/blood clot/etc..
then baru lah refer ke klinik2 lain ,gigi ke plastik ke ortho ke, etc..

kalau masuk emergency melalui ambulan, memang cepat cekap... kalau walk in, mungkin ni le yang terjadi kot, tunggu lama tu memang pasti la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap adik ni bukan mat rempit. Benci betul dengar bunyi motor sengaja modify jadi bingit.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 02:50 AM | Show all posts
glump replied at 18-1-2023 06:44 AM
Si ibu nk anak warded..sedangkan wad penuh.since ank dia less kritikal..balik lah dulu. Si ibu Tak m ...

Itulah kasih ibu yang tak da penghujung..

Me faham sangat apa ibu ni rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Katenye ramai dh komplen pasal hosp pasir Mas tp xde tindakan. Org sana panggil hpm tu hospital maut. Page pq komuniti pulak menyindir, mcm xbleh nk ditegur. Tambah baik la ape yg patut, ni duk ratib bayar pon singgit. Masalahnye gaji staff bukan ya singgit kan, bila xbleh nk ditegur, xkan upgrade la service mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti doktor makin hamun assuming mat rempit menyusahkan orang, ya la dah umur 16 eksiden moto.. ada lesen tak? Pakai helmet tak?
Anak jiran iols eksiden balik kerja pun kena sidai je kat ER, budak tu kurus kering macam matpit.. kesian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048529 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list