CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

Bayar Suku Juta Dolar, Netflix Cari Kru Impian Untuk Jet Peribadi

[Copy link]
Post time 18-1-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat penstriman Netflix dilaporkan mencari kru penerbangan baharu untuk menyertai "kru impian" untuk sebuah jet peribadi.


Memetik laporan CNBC, Netflix dikatakan sanggup membayar lebih suku juta dolar untuk calon tepat.


Dalam pada itu, syarikat itu dilaporkan mengupah kru penerbangan untuk salah sebuah jet peribadi bersaiz besar berpangkalan di San Jose, California berhampiran ibu pejabat syarikat Los Gatos.




Gambar hiasan




Sebagai tambahan kepada tanggungjawab kebiasaan kru seperti melakukan pemeriksaan kabin pra-penerbangan dan menjalankan taklimat keselamatan, kru juga bertanggungjawab untuk memantau bilik stok.


Pramugari juga dikehendaki bekerja di dalam jet Gulfstream G550 mengikut keperluan.


Tambah Netflix, calon dikehendaki tampil profesional mewakili jenama Netflix Aviation setiap masa semasa melaksanakan tugas jawatan itu dan pemohon harus berpegang kepada budaya Netflix iaitu "beroperasi dengan arahan minimum dan memiliki motivasi diri yang tinggi".


Difahamkan, calon juga perlu membantu syarikat menyediakan "pengangkutan udara sulit" selain menjalankan tugas mereka secara tertutup.


Netflix tidak menawarkan julat pampasan khusus untuk peranan itu, tetapi menyenaraikan julat pasaran keseluruhan untuk kedudukan serupa antara AS$60,000 (RM260,000) dan AS$385,000 (RM1.66 juta).


Jumlah pampasan akhir akan ditentukan oleh "pelbagai faktor pampasan" termasuk kemahiran dan pengalaman.


Peranan ini juga menuntut fleksibiliti waktu bekerja yang memerlukan bekerja pada hujung minggu, hari cuti dan tempoh perjalanan yang panjang serta keupayaan mengangkat dan membawa beban sehingga 30 paun pada satu masa.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.212311 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list