View: 608|Reply: 5
|
[Tempatan]
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dapat markah tercorot dalam laporan penilaian persepsi rakyat, ini jawapan Mat Sabu
[Copy link]
|
|
Kementerian dapat markah tercorot, ini jawapan Mohamad Sabu
https://www.bharian.com.my/berit ... awapan-mohamad-sabu
Oleh Essa Abu Yamin - Januari 17, 2023 @ 6:02pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) yang baru diterajui oleh Menterinya, Mohamad Sabu, terkena 'tempias' isu kekurangan telur dan ayam yang berlarutan apabila menerima markah tercorot dalam laporan penilaian persepsi rakyat.
Mohamad berkata markah laporan penilaian persepsi rakyat itu didedahkan dalam pemukiman jemaah menteri di Putrajaya kelmarin.
Katanya, hasil pemerhatian sepanjang tahun 2022, perkara berkenaan adalah disebabkan isu kekurangan bekalan ayam dan telur telah berlarutan terlalu lama sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
"Daripada data yang diperolehi daripada Jabatan Veterinar, kekurangan telur agak kritikal pada Oktober 2022 iaitu kurang 118 juta biji telur, manakala pada November 2022 pula kurang 157 juta biji telur.
"Saya bersama pengurusan tertinggi MAFS telah bertemu dengan beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Jelas Mohamad, MAFS telah mencari sumber alternatif dari negara luar untuk mencukupkan bekalan bermula bulan Disember 2022.
"Kita telah membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara untuk mencukupkan bekalan dalam negara.
"Ada yang bertanya ketika itu kenapa kita tidak menghentikan sahaja eksport telur?
"Untuk pengetahuan semua, setelah saya berbincang dengan beberapa pengeluar telur tempatan, mereka sangat mengharapkan hasil eksport telur itu untuk menampung kerugian yang mereka alami di pasaran dalam negara kerana kawalan harga yang dikenakan terlalu lama boleh menyebabkan lebih banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi," katanya.
Katanya, kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama telah menekan pengeluar telur tempatan.
"MAFS telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan supaya kawalan harga dapat diberhentikan namun saya meminta subsidi bersasar perlu diberikan kepada rakyat yang susah terlebih dahulu sebelum harga telur mahu diapungkan semula.
"Alhamdulillah, dengan kerja keras warga MAFS pada bulan Disember, kekurangan telur hanya 1 juta biji sahaja," katanya.
Menurut beliau, ia suatu pencapaian yang membanggakan kerana dalam tempoh sebulan, MAFS berjaya mengatasi kekurangan telur daripada 157 juta biji pada bulan November 2022 kepada 1 juta biji pada bulan Disember 2022.
"Alhamdulillah sekarang ini bekalan ayam dan telur sudah mula pulih dan Insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi.
"Komitmen dan kemampuan pegawai dan kakitangan di MAFS untuk menyelesaikan semua isu-isu bekalan makanan amat tinggi dan mereka sangat profesional," katanya.
Katanya, dalam amanatnya semalam, beliau telah meletakkan lima agenda penting untuk dilaksanakan tahun ini.
"Antaranya ialah memulakan tanaman jagung bijirin dan bermula tahun ini supaya tahap kebergantungan industri terhadap sumber jagung bijirin dari negara luar dapat dikurangkan dari setahun ke setahun," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
import telor tak mennyelesaikan masaalah.. mana solutionnya.. ko pun dah tau kebergantungan pada import makanan ayam buat la something untuk produce sendiri dlm malaysia... cari alternatif lain untuk reduce cost dan cukupkan bekalan makanan ayam.. bodohnye mat sabu |
|
|
|
|
|
|
|
Harap lagi banyak telur luar yg lebih berkualiti dan murah diimpot masuk untuk pasaran tempatan berbanding telur temptan yg mahal walaupun bersabsidi. |
|
|
|
|
|
|
|
apa penyelesaian jangka panjang? |
|
|
|
|
|
|
|
Kau cadangkan import telur lps tu jual harga subsidi direct kpd pengguna.
Hentikan byr subsidi kpd pengeluar. Mulakan di Bandar2 kecil, jual di pasar2 tani pasar sehari dulu.
Senang cakap dr buat. |
|
|
|
|
|
|
|
"Antaranya ialah memulakan tanaman jagung bijirin dan bermula tahun ini supaya tahap kebergantungan industri terhadap sumber jagung bijirin dari negara luar dapat dikurangkan dari setahun ke setahun,"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|