CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 14

Suami Pembantu Juruterbang Nahas Pesawat Nepal Maut Kejadian Sama Pada 2006

[Copy link]
Post time 17-1-2023 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Pembantu juruterbang pesawat terhempas di Nepal Ahad lalu dilaporkan merupakan isteri kepada juruterbang yang terbunuh dalam nahas kapal terbang hampir 17 tahun lalu.


Memetik Reuters, pembantu juruterbang Anju Khatiwada, 44, mula berkhidmat di Yeti Airlines Nepal sejak 2010, empat tahun selepas suaminya meninggal dunia.




Suami Dipak Pokhrel meninggal dunia pada 2006 dalam nahas pesawat Twin Otter milik Yeti Airlines di Jumla. - Foto Facebook/Shiv Sharma





“Suami (Khatiwada), Dipak Pokhrel meninggal dunia pada 2006 dalam nahas pesawat Twin Otter milik Yeti Airlines di Jumla.


"Khatiwada menjalani latihan juruterbang dengan pampasan wang insurans selepas kematian suaminya." kata jurucakap syarikat penerbangan Sudarshan Bartaula kepada Reuters.


Tambah jurucakap, Khatiwada mempunyai lebih 6,400 jam masa terbang dan pernah menggunakan laluan itu sebelum ini.


Pesawat dipandu Khatiwada terhempas pada malam Ahad (waktu tempatan) ketika menghampiri lapangan terbang baharu di bandar peranginan Pokhara.


Sekurang-kurangnya 70 daripada 72 orang di atas kapal disahkan meninggal dunia.


Video yang tular di media sosial menunjukkan pesawat kehilangan daya angkat berkemungkinan pada kelajuan udara rendah sebelum terhempas dan terbakar.


Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal dalam satu kenyataan memaklumkan manifes penerbangan menunjukkan pesawat itu membawa 68 penumpang dan empat anak kapal termasuk 57 penumpang Nepal dan 15 warga asing.


Jurucakap syarikat penerbangan memaklumkan pihak berkuasa telah menemui mayat kapten penerbangan, Kamal KC manakala mayat Khatiwada masih belum dikenal pasti.


Media tempatan Nepal memaklumkan tiada mangsa yang terselamat ditemui dalam serpihan pesawat terhempas itu. Tragedi ini disifatkan sebagai kemalangan udara paling dasyat di negara itu dalam tempoh tiga dekad.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekurang-kurangnya 70 daripada 72 orang di atas kapal disahkan meninggal dunia.

Media tempatan Nepal memaklumkan tiada mangsa yang terselamat ditemui dalam serpihan pesawat terhempas itu.

Kira xde yg selamat la kn

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada came across video Live salah sorang mangsa tu dkt TikKetok. Taktau la betul ke tak. Haiyooooo, meols tgk tak bukak suara pun, sesak napas meols yach. Rasa perasaan kecut perut tu menekan2. Tak berani nak bukak suara
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 17-1-2023 09:49 PM
Sekurang-kurangnya 70 daripada 72 orang di atas kapal disahkan meninggal dunia.

Media tempatan Nepa ...

70 dah disahkan yg lg 2 tak jumpa lagi kot… ntah2 dah hangus terbakar… siannya diaorg…
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 17-1-2023 11:55 PM
Ada came across video Live salah sorang mangsa tu dkt TikKetok. Taktau la betul ke tak. Haiyooooo, m ...

Ada tgk kat berita mana ntah… diaorg tgh borak2 rasa seronok naik kapal terbang… siap rakam gambar kat bawah sebelum kejadian… pastu sekelip mata telefon mcm terlepas dr tangan dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lokasi terbako tu ya ampun penuh manusia macam semut hurung air setabak tumpah secoet

Depa memang takde SOP macam kite eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 04:00 AM | Show all posts
acik79 replied at 18-1-2023 01:12 AM
Ada tgk kat berita mana ntah… diaorg tgh borak2 rasa seronok naik kapal terbang… siap rakam gamb ...

https://www.youtube.com/watch?v=HHG_JDhodR4



yg ni kot.. sebelum kene remove
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 07:47 AM | Show all posts
she replied at 17-1-2023 07:35 PM
Lokasi terbako tu ya ampun penuh manusia macam semut hurung air setabak tumpah secoet

Depa memang t ...

SOP tu semua agenda iluminati.. k bhai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas laki dia meninggal disebabkan nahas pesawat dia bersemangat plak nak jadi juruterbang.

Mengingatkan iols pada arwah abah iols, sblm ni tak penah ada lesen keta dan takde keta la. Pi mana2 naik keta ngn kawan dia hinggala dorang eksiden teruk hingga masuk icu.

Lepas dapat duit insurans, abah iols beli keta dan amik lesen keta walaupun pd ketika dia dh blh dikatakn OKU sbb kaki sebelah cam pendek sikit jalan pun hencot2.
Jd camtu sbb abah iols kuar sepital takmo operet jd peha yg patah tu sambung sendiri kot maka tak sempurna laa kalau tak mesti elok je kaki dia. Payah rentua kan degil mana mau dorang duk sepital lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 18-1-2023 04:00 AM
https://www.youtube.com/watch?v=HHG_JDhodR4



A’ah betul, iols tak nak tgk lg sekali… seram…
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 18-1-2023 03:35 AM
Lokasi terbako tu ya ampun penuh manusia macam semut hurung air setabak tumpah secoet

Depa memang t ...

Ye ke? Tgk kat mana? Tetiba teringat cite tanjung kupang yg org pakat ambil cincin salah satu mangsa pastu kena kacau…  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
acik79 replied at 18-1-2023 12:04 PM
Ye ke? Tgk kat mana? Tetiba teringat cite tanjung kupang yg org pakat ambil cincin salah satu mang ...

Dekat YT ade
Macik nengok bomba tengah tenbak air
Orang ramai penuh keliling

Beza betul dengan situasi tanah runtuh Batang Kali tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 05:46 AM | Show all posts
acik79 replied at 18-1-2023 11:57 AM
A’ah betul, iols tak nak tgk lg sekali… seram…

tidak ada apa sangat sebenarnya, hanya gegar2 dari video shakes sahaja, tetapi kita imagine sendiri the catastrophe yang mereka lalui dalam last few seconds of their lives.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 04:42 PM | Show all posts
bukan ke masa take off. landing tk boleh on hp.. takut  mengganggu fungsi dlm kapal?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 04:44 PM | Show all posts
tak sanggup tengok keadaan mayat2 nahas tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.301115 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list