CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 2

Majlis Khatan Macam Konsert, Disambut 4 Hari Dan Telan Belanja Hampir RM1 Juta!

[Copy link]
Post time 17-1-2023 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti acara konsert selain turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.


Berdasarkan hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.




Majlis berkhatan itu dihiasi dengan pentas besar yang kelihatan seperti acara konsert. - @gito_pixels





“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.


Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.


Menurut Gito yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.


“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.


Tambahnya, majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.


“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.


Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.


“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.


Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.


“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak yg berkhatan tu sama terkinja2 berparti berkonsert ke? Tak sakit ke?

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Budak yg berkhatan tu sama ter ...


Jusa c minus lg kaya boleh buat majlis khatan seminggu 7 hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.371710 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list