CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

Ketagih Pecah Cermin Kereta, Warga Emas Dengan 17 Rekod Jenayah Dicekup Lagi

[Copy link]
Post time 17-1-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga emas yang memiliki 17 rekod jenayah seolah-olah tidak serik apabila masih aktif melakukan jenayah pecah cermin kereta.


Kegiatan warga emas itu bagaimanapun tidak berpanjangan selepas suspek berusia 64 tahun itu diberkas semula di Jinjang.




Gambar hiasan




Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penahanan itu susulan laporan diterima daripada seorang wanita bekerja sebagai akauntan mendakwa kehilangan dua komputer riba serta wang tunai bernilai RM11,000 selepas cermin keretanya dipecahkan baru-baru ini.


“Susulan itu, kami menahan dua lelaki masing-masing berusia 64 dan 29 tahun dalam serbuan berasingan di Jinjang Selatan dan Rawang, Selangor pada Jumaat dan Sabtu lalu.


“Dalam serbuan itu, kami merampas 11 komputer riba, dua telefon bimbit, tiga kad Touch N Go dan wang tunai kira-kira RM3,500,” katanya selepas menghadiri program sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Kepong, tadi.


Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati suspek lelaki warga emas itu akan memerhatikan mangsa yang meletakkan kenderaan berhampiran kedai makan.


“Suspek kemudian akan mengumpil cermin pintu belakang kereta menggunakan pemutar skru sebelum mengambil beg komputer riba yang diletakkan di dalam kenderaan.


“Suspek lelaki warga emas itu kemudian akan menjual komputer riba berkenaan kepada suspek berusia 29 tahun yang juga peniaga kedai telefon bimbit dan komputer di sebuah pusat beli-belah di Jinjang,” jelasnya.


Katanya, susulan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes curi komputer riba dalam kereta di daerah ini.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222 bagi membantu siasatan,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.915145 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list