CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

Peguam Maut 6 Das Tembakan Dilepaskan Dalam Mahkamah

[Copy link]
Post time 17-1-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Seorang peguam maut ditembak ketika berada di dalam mahkamah di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin.


Abdul Latif Afridi, bekas presiden Persatuan Peguam Mahkamah Agung Pakistan, ditembak seorang lelaki ketika sedang duduk bersama peguam lain di Mahkamah Tinggi Peshawar, penguasa kanan polis Peshawar, Kashif Aftab Abbasi memberitahu Xinhua.




Gambar hiasan




Sebanyak enam das tembakan dilepaskan ke arah peguam berkenaan dan suspek ditahan di tempat kejadian.


Polis kini sedang menyiasat bagaimana tertuduh dapat masuk ke dalam mahkamah sambil membawa pistol walaupun dikawal ketat.


Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif melahirkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam atas tragedi itu.


Perdana menteri itu menegaskan bahawa kerajaan wilayah perlu mengambil langkah segera dalam menangani hal itu.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.518454 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list