CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 4

Majoriti Pencarum Mempunyai Simpanan Terlalu Sedikit, Nak Benarkan Pengeluaran KWSP Macam Mana?

[Copy link]
Post time 16-1-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR – Kerajaan tidak melihat keputusan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat masa ini adalah yang terbaik kerana majoriti pencarum mempunyai simpanan terlalu sedikit.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan sama ada keperluan pengeluaran wang simpanan itu adalah sesuatu yang mendesak selain kesannya kepada masa depan pencarum.




Foto: Utusan




“Kalau tengok orang yang simpan KWSP itu, duitnya sedikit sekali. Jadi saya kena timbang keperluan mendesak dan masa depan mereka.


“Saya telah semak dan majoriti pencarum mempunyai jumlah (simpanan) yang sangat kecil. Saya bimbang tentang masa depan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang gesaan pihak tertentu yang meminta kerajaan Pusat membenarkan pengeluaran KWSP untuk membantu rakyat yang terdesak.


Tambah Anwar, beliau tidak mahu meneruskan amalan pimpinan terdahulu yang gemar mengumumkan projek pembangunan untuk kerajaan negeri pada program dihadiri.


“Nanti semasa mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), baru kita akan muktamadkan perkara penting,” katanya.


Tambahnya, keputusan yang dibuat kelak akan menjurus kepada pembangunan ekonomi Perlis yang dilihat lebih malap berbanding negeri lain. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts




Mmg la majoriti pencarum mempunyai simpanan terlalu sedikit  dik non dah gaji ciput kalau berdegree tak naik manager tetap la level2 tu jugak. Naik  2% setahun pun ada lepas tu company buat VSS.

So far baru belas2  K je pun boleh keluar kan, so maksudnya majoriti gaji kecik psl dah berpuluh tahun gaji tang tu je.

Makcik akak boleh beli rumah dgn gaji bawak 2k degree awal 90an.

Skrg  ni yg degree pun takda keje pasal semua expat masuk last2 anak tempatan buat e delivery

Semoga ada sinar kpd yg nak pakai duit lepas tak keje masa kobid.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat tak mampu buat cara tak mampu lahhh nooo. Ni hat dok berbunyi nak buleh keluaq nak buleh keluaq ni jenih hat mampu lahh nii mangkaq oii. Selein dari nak buat kos tampung sara hidup, ada hat dok berangan nak tambah cawangan satu lagi disiammmm bagi lepaih saja lahh nuaq oii. Depa pon tau, mana hat mampu ja hat apply esok lusa niii. Hat tak mampu serupa apply loan lahhh. Kena rejekkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 07:41 AM | Show all posts
beri peluang kpd yg mempunyai jumlah simpanan yg banyak, contohnya RM100k ke atas utk buat pengeluaran.

bukan saja yg bergaji kecil terkesan sejak covid-19 melanda negara, golongan pertengahan juga sampai turun status ke B40.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:23 AM | Show all posts
dah misken sibuk jgk nak kuarkan bodo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039737 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list