CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 2

Petisyen Batal Keputusan PRU15 Bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang Dan Kemaman

[Copy link]
Post time 16-1-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.


Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.




Ketua Umno Terengganu Ahmad Said pada sidang media di WTC hari ini berhubung petisyen pembatalan kemenangan di tiga Parlimen di negeri itu.





“Petisyen ini sebab dia beri (wang bantuan) beberapa hari sebelum PRU15.  Amalan politik wang ini walau apa jua keadaannya, dari segi moralnya adalah salah,” katanya pada sidang media berkaitan petisyen itu di Ibu Pejabat Umno di Menara Datuk Onn di sini hari ini.


Ahmad berkata UMNO Terengganu berharap pilihan raya dapat diadakan semula di ketiga-tiga kawasan itu, seperti yang pernah berlaku semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 2018.


“Perkara ini pernah berlaku semasa PRK Cameron Highlands dahulu dan mahkamah membatalkan keputusan. Kami berharap berdasarkan bukti yang kita ada, pilihan raya dapat diadakan semula,” katanya.


Sementara itu, peguam Amin Othman yang mewakili calon BN di ketiga-tiga kawasan tersebut bagi pihak UMNO Terengganu berkata pihaknya mengambil keputusan untuk memfailkan petisyen, setelah meneliti bahan bukti dan keterangan saksi.


“Kami mempunyai saksi yang mencukupi untuk petisyen ini, hampir 20 orang berusia antara 18-20 tahun di tiga kawasan ini,” katanya.


Pada PRU15, Ahmad yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta tiga calon lain yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman, tewas kepada calon PAS Che Alias Hamid yang menang majoriti 27,179 undi.


Bagi Parlimen Marang, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mengekalkan kemenangannya dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru, manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang Datuk Amzad Hashim (PAS) yang memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 16-1-2023 06:52 PM

Bila parti self claim kalau pangkoh auto ceroh lubang kubur dukk kutuk parti ameno kata parti politik sogok duwett la, sakau la, bla2 lagik tapi hakikatnyer parti terpaling ni pun sama jahhhh bagi duwettt konon duwettt minyak dengan syarat kena angkat sumpah pangkah parti tu dulu baru dapat duwett. Cehhh! Suci lerrr sangat khennnn.. Yih
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkanlah lobai nak rasuah.bapak segala lobai pulak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.086870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list