CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 1

Orang Ramai Tak Sedar Jerung Berada Berdekatan Ketika Berenang Di Pantai

[Copy link]
Post time 16-1-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Perth: Seekor jerung besar dilihat berenang dekat dengan pesisir Pantai Mullaloo di bandar Perth, Australia menyebabkan pantai itu ditutup sementara.


Kehadiran pemangsa itu menyebabkan pengunjung diarah beredar dari kawasan pantai popular berkenaan selepas jerung harimau sepanjang 2.5 meter itu dilihat sekitar tengah hari pada Isnin lalu.


Portal Sky News melaporkan, pantai itu sangat sibuk sewaktu keberadaan pemangsa disedari kerana pada masa ini cuti sekolah musim panas yang panjang di Australia.




Fotoortal Sky News




Rakaman udara melalui dron menunjukkan jerung itu berkeliaran di pinggir pantai, hanya beberapa meter dari pengunjung yang sedang asyik berenang tanpa menyedari jerung harimau yang terkenal kerap menyerang dan membunuh manusia itu.


Video itu dirakam oleh penduduk Perth, Toby Nicol, yang berkata: "Kami menamakannya Trevor. Jerung itu menggunakan kawasan cetek di pantai utara Perth selama sebulan sekarang dan mempunyai banyak pertemuan rapat dengan manusia."


Ia adalah kali kedua pantai itu terpaksa ditutup dalam masa kurang daripada seminggu selepas sebelum ini seekor jerung dilihat sepanjang garis pantai pada 5 Januari.


Australia Barat memang sudah tidak asing lagi dengan kehadiran jerung di perairannya dan beberapa sudah beberapa kes serangan berlaku membabitkan ikan itu terhadap manusia.


Pada Oktober tahun lalu, seorang lelaki hampir kehilangan tangannya selepas diserang oleh spesies jerung ketika mangsa sedang menombak ikan di pantai dekat Port Hedland di pantai bahagian utara negara itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2023 08:17 AM | Show all posts
adui xsyag nyawa ke kome ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.439245 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list