View: 3178|Reply: 1
|
Rumah Tangga Rosyam Nor Kekal Utuh "Walaupun Kaya Tetap Setia"
[Copy link]
|
|
Sebuah video yang dikongsikan di TikTok milik kelab peminat pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian warganet di media sosial.
“Jangan pernah berjanji untuk setia, tapi berjanjilah untuk tetap bertahan walau sejuta halangan ada didepan. 1989 – 2023. Alhamdulillah,” tulisnya.
Foto: Tiktok
Rata-rata ramai yang memberi komen yang positif serta mendoakan agar rumahtangga dan hubungan Rosyam Nor bersama isterinya kekal sehingga syurga.
“Tahniah Rosyam.. Walaupun kaya.. Tetap setia..”
“Hebat lah datuk.. Ni baru cinta sejati sampai tua. Tuhan rahmati datuk.”
“Semoga kekal hingga Jannah. Contoh terbaik!” Komen mereka
“Betul sangat, hidup ni tak kan sentiasa aman. Dugaan tu pasti ada. Macam mana kita hadapi, itulah ganjaran pahala dari Allah.”
“Hormat sungguh pada Rosyam. Tak pernah ada kontroversi. Setia pada pasangan.”
“Seusia saya perkahwinan datuk. Semoga terus berkekalan hingga ke Jannah,” Komen mereka lagi.
Untuk rekod Datuk Rosyam Nor mendirikan rumahtangga bersama Datin Runika Mohd Yusof pada tahun 1989, dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|