CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 4

Bina Pagar Elektrik Nak Elak Gajah Liar Ceroboh Rumah Orang Asli

[Copy link]
Post time 16-1-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Membina pagar elektrik antara kaedah yang akan digunakan untuk menghalang kumpulan gajah daripada terus menceroboh kawasan kampung Orang Asli di Pos Senderut dan Pos Betau, Lipis.


Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Johari Alwi berkata cadangan membina pagar elektrik dibuat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang yang mempunyai kepakaran dalam membendung ancaman gajah di negeri ini.


Menurutnya, Jakoa menyerahkan sepenuhnya kepada Perhilitan dalam mengatasi konflik antara gajah dengan masyarakat Orang Asli di Pos Senderut dan Pos Betau dalam memastikan ia dapati diselesaikan segera.




Foto: Harian Metro




Katanya, sebelum ini Perhilitan sudah membina pagar elektrik di beberapa penempatan Orang Asli di negeri ini dan usaha berkenaan ternyata berkesan.


"Sekiranya projek membina pagar elektrik menghalang gajah daripada menceroboh beberapa kampung di Pos Senderut dan Pos Betau berjaya dilaksanakan, ia adalah projek pertama di Lipis.


"Saya berharap projek berkenaan dapat segera dilaksanakan bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang," katanya, dihubungi di sini semalam.


Beliau berkata demikian mengulas berikutan kejadian seekor gajah jantan menyerang hingga menyebabkan kematian remaja Orang Asli, Andy Yok Manin, 15 di Kampung Tual B, Pos Senderut, Isnin lalu.


Kumpulan gajah berkenaan dipercayai turut menyerang dengan memijak hingga menyebabkan kematian seorang wanita Orang Asli di di Kampung Simoi Baru, Pos Betau pada 7 Disember tahun lalu.


Johari berkata, walaupun terdapat beberapa individu yang membantah cadangan Perhilitan membina pagar elektrik di Pos Senderut dan Pos Betau, namun itu tidak bermakna projek berkenaan dibatalkan.


Menurutnya, pegawai Jakoa akan mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung bagi menerangkan kebaikan membina pagar elektrik di kawasan kampung mereka.


"Saya difahamkan pembinaan pagar elektrik tidak menjejaskan pergerakan masyarakat Orang Asli untuk ke kebun dan ke hutan, pintu disediakan untuk mereka keluar serta masuk. Tidak ada alasan untuk mereka membantah projek berkenaan yang bertujuan menjamin keselamatan penduduk setempat.


"Saya berharap isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik demi kepentingan bersama, kita tidak mahu kejadian gajah memusnahkan kebun dan menyerang penduduk Orang Asli terus berulang," katanya yang yakin Orang Asli akan akur dengan keputusan yang dibuat.


Mengenai operasi menangkap gajah yang menyerang remaja Orang Asli di Kampung Tual B, Isnin lalu, Johari berkata Perhilitan meneruskan operasi dan dipercayai haiwan berkenaan telah meninggalkan kampung terbabit. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 02:50 PM | Show all posts
manusia yg musnagkan hutan pastu nak diletriknya gajah2 tu pulak. mmg dasar manusia la ko
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaiklah jalan penyelesaian ni.
Boleh lah membalak lagi pasnikan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal pasal nanti anak orang Asli tu pula jadi gajah!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:11 AM | Show all posts
jejaka_hensem: Terbaiklah jalan penyelesaian ni.Boleh lah membalak lagi pasnikan?


neraka lah sape yg buat gajah2 ni hilang rumah dia. sibat tol

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.310453 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list