CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1595|Reply: 20

Aksi Mencurigakan Lelaki Panjat Pagar Jiran- Ingatkan Nak Mencuri, Rupa-Rupanya Cuma Kalihkan Ampaian Ke Tempat Redup

[Copy link]
Post time 16-1-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelayar di TikTok, Littlemonster316 menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.


Lelaki itu yang dilihat memanjat pagar tanpa meminta izin lalu masuk ke sebuah rumah dipercayai merupakan jiran kepada individu berkenaan.


Walaupun bahagian permulaan video menunjukkan perbuatan lelaki memakai baju berwarna merah jambu itu meragukan, akhir rakaman itu menunjukkan ‘adegan’ menyentuh hati ramai.










Jirannya itu hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian bagi mengelakkan pakaian dijemur daripada terkena hujan.


Sebaik mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya.


Rakaman berdurasi 38 saat ini dipercayai dirakam menerusi CCTV rumah individu yang berkongsi video ini di media sosial.


Video ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet.


Semakan mStar, mendapati rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.


Sebilangan besar menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan.







Namun, mereka rasa bersalah mengesyaki perkara tidak baik dan memuji tindakan lelaki tersebut.


“Sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak curi ke apa. Rupanya nak alihkan kain sebab hujan. Untung dapat jiran prihatin macam ni”, ujar netizen tersebut di ruangan komen.


Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin.


“Jiran sebelah aku hari-hari si mak gaduh dengan anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi. Lepas tu pukul 7 pagi dia buka set karaoke.


“Jiran saya suka parkir dekat rumah orang. Pantang nampak orang tak ada di rumah, semua angkut sedara mara park depan rumah, depan jalan rumah. Nasib tak masuk dalam je. Bila tegur, buat muka”, kongsi warga maya mengenai jiran mereka.


Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut wajar dijadikan dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran.


Setelah video tersebut tersebar luas sehingga meraih lebih 10 juta jumlah tontonan, pemilik asal tampil menjelaskan keadaan.


Katanya, lelaki tersebut merupakan tukang kayu yang bekerja di rumah jirannya sahaja.


"Hai semua, saya nak jelaskan di sini. Dia bukan jiran saya.


"Dia merupakan tukang kayu jiran saya. Saya kagum dengan kebaikan dia lakukan," jelasnya mengenai kapsyen 'bersyukur' ditulis pada video itu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 10:13 AM | Show all posts
pada aku dia tetap salah panjat pagar dan ceroboh rumah orang walaupun niat baik nak ubah ampaian.kain yang basah boleh cuci lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 16-1-2023 10:19 AM

Kan ade kereta, kalau bunyikan loceng dulu baru pnjt masuk faham lah..
Ni mcm nak usha2 dulu lepas tu buat2 alihkan kain jemuran..
Bukannye perkara baru kontraktor indon biasa survey rumah jiran utk merompak nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
"pelayar tiktok"
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mndpt ilham drpd syed saddiq...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:22 AM | Show all posts
dh la ade jemur bra & spender, ehhh seram plak aku...tetibe hitam sgt hati ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2023 10:25 AM | Show all posts
nasib baik tak lanc*p guna panties jiran tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:26 AM | Show all posts
jiran aku selalu takde dr pagi sampai lewat petang & dia jemur baju bukan bawah bumbung so kl hujan memang aku yg biasa masuk rumah dia alihkan. rumah landed dkt putrajaya ni takde pagar so memang org boleh masuk sampai pintu rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 10:27 AM | Show all posts
Rajawali replied at 16-1-2023 02:13 AM
pada aku dia tetap salah panjat pagar dan ceroboh rumah orang walaupun niat baik nak ubah ampaian.ka ...

pada aku..kalau tuan rumah yg dia 'ceroboh' tu buat aduan polis baru didakwa bersalah...selagi x da, anggap la kerja amal...bukan ramai yg boleh ada pikiran spontan mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:28 AM | Show all posts
venom1 replied at 16-1-2023 02:25 AM
nasib baik tak lanc*p guna panties jiran tu hehe

macam biasa buat, dengar or terbaca je nih????
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:30 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 16-1-2023 10:28 AM
macam biasa buat, dengar or terbaca je nih????

baca je..boleh google hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:31 AM | Show all posts
venom1 replied at 16-1-2023 02:30 AM
baca je..boleh google hehehe..

memang menyeramkan pun kalau baca...so, hati2 la kalau jemur undies..memang ada spesis mcm nih pun......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:33 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 16-1-2023 10:31 AM
memang menyeramkan pun kalau baca...so, hati2 la kalau jemur undies..memang ada spesis mcm ni ...

apa2 pakaian pompuan tak kira undies, baju atau kain tudung memang jadi buruan kaki lan*ap ni. selalu hilang dari ampaian
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 10:35 AM | Show all posts
venom1 replied at 16-1-2023 02:33 AM
apa2 pakaian pompuan tak kira undies, baju atau kain tudung memang jadi buruan kaki lan*ap ni. sel ...

gila punya fetishme....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:33 PM | Show all posts
SWORKS27 replied at 16-1-2023 10:27 AM
pada aku..kalau tuan rumah yg dia 'ceroboh' tu buat aduan polis baru didakwa bersalah...selagi x d ...

Ha'ah, klau tuan rumah ok, ok je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:42 PM | Show all posts
dulu aku pernah buat 2 3 kali
alihkan kasut sekolah jiran sebelah sebab nak hujan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya mereka sesama jiran dah understood each other. Kau tolong aku, aku tolong kau. Dah biasa pinjam garam gula ni rasanya. Barbeque sama2 on weekends.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:20 PM | Show all posts
masalahnya ni bukan jiran, ni tukang yg dtg buat keje kt rmh sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:58 PM | Show all posts
ketambangkang replied at 16-1-2023 06:20 AM
masalahnya ni bukan jiran, ni tukang yg dtg buat keje kt rmh sebelah

takda masalah pun...tuan rumah ok ja....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2023 08:09 AM | Show all posts
betoi ke nak kali h je. entah2 sbb nmpk cctv trus buat2 kalih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.975164 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list