CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 1

[Kedah] Menu istimewa warung strawberi

[Copy link]
Post time 16-1-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode


NURUL Asyikin mempelbagaikan produk keluarannya seperti strawberi kering, jus, scones dan banyak lagi.

Sungai Petani: Lambakan strawberi hasil tanaman yang diusahakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu menyebabkan Nurul Asyikin Noor Rasdi, 29, menceburkan diri membuka perniagaan kedai dan makan berasaskan buah itu.

Bermula dengan tanaman kecil-kecilan di kawasan rumah, kini beliau mampu membuka perniagaan yang memberi hasil lumayan.

Katanya, dia tidak menyangka tanaman strawberi yang diusahakannya membuahkan banyak hasil ketika PKP 2021.

"Pada waktu itu, saya hanya mampu jual buah strawberi melalui penghantaran dari rumah ke rumah (COD) menyebabkan berlaku lambakan.

"Dari situ, saya perluaskan tanaman strawberi di kawasan kebun di sekitar daerah ini dan memulakan perniagaan makanan dengan lima produk berasaskan strawberi sehingga mendapat sambutan ramai," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Nurul Asyikin, rasa dan saiz strawberi di kebun miliknya sama seperti di Cameron Highlands termasuk rasanya manis.

Namun katanya, untuk menjaga strawberi itu bergantung pada cuaca malah ia tidak boleh terdedah pada hujan lebat atau panas terik.



NURUL Asyikin menunjukkan pokok serta strawberi yang dihasilkan di Warung Strawberi Cik Haza.

"Di kedai saya, pelbagai jenis barangan berasaskan strawberi dijual termasuklah jus minuman strawberi segar, aiskrim batang strawberi, sambal strawberi, kek, teh strawberi dan banyak lagi.

"Selain itu, untuk pelanggan yang makan di sini, kami menyediakan nasi lemak strawberi, scones strawberi, strawberi kering, jagung manis rebus, ubi manis rebus dan pelbagai menu lain," katanya ketika ditemui di di Warung Strawberi Cik Haza yang dibuka di Jalan Sungai Jagung, di sini.

Menurut Nurul Asyikin, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pengusaha bakeri di sekitar kawasan utara yang mahu mencari strawberi segar.



PELANGGAN yang berkunjung bersama keluarga berpuas hati dengan makanan berasaskan strawberi di Warung Strawberi Cik Haza.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-warung-strawberi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 11:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.067648 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list