CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

Barca juara Piala Super Sepanyol

[Copy link]
Post time 16-1-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Barca juara Piala Super Sepanyol


Pemain Barcelona meraikan kajayaan mereka memenangi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid di Riyadh, Arab Saudi. - AP


RIYADH: Barcelona selesa menewaskan Real Madrid 3-1 di Arab Saudi hari ini bagi menjuarai Piala Super Sepanyol, trofi pertama sejak jurulatih, Xavi Hernandez mengambil alih pasukan.

Mendapat inspirasi pemain remaja, Gavi yang meledak jaringan serta membantu untuk gol Robert Lewandowski dan Pedri Gonzalez, skuad dari Catalan itu menampilkan satu daripada persembahan terhebat mereka berdepan pencabar Clasico itu.

Selepas melalui musim yang hebat sebagai pemain di Barca, Xavi kembali pada November 2021 dan selepas berbelanja besar pada musim panas, kejayaan berkenaan membawa pasukan itu di landasan sebenar.

Karim Benzema meledak gol saguhati buat Madrid, yang jauh daripada prestasi terbaik mereka sejak rehat Piala Dunia dan kini ketinggalan tiga mata di belakang Barcelona pada aksi La Liga.


Penyerang Real Madrid, Karim Benzema (kanan) cuba melepasi penjaga gol Barcelona, Marc-Andre terStegan. - Foto AFP

Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pertama di final sejak 2014, dengan Los Blancos menyerahkan trofi dimenangi mereka kapada Barcelona yang menang Piala Super dengan rekod 14 kali.


Pemain muda Barcelona, Gavi (tengah) cuba dihalang dua pemain Real Madrid, Federico Valverde (kanan) dan Eder Militao. - Foto AFP

"Kami tahu ia adalah peluang yang kami perlu ambil, kami hidup dalam era perubahan di kelab dan di bilik persalinan dan ini menguatkan lagi kami untuk bertarung merebut gelaran," kata kapten Barca, Sergio Busquets kepada Movistar.

Xavi menurunkan empat pemain tengah dengan Gavi beraksi di kiri dan sentiasa menyukarkan pertahanan kanan Madrid, Dani Carvajal.

"(Gavi) ialah pemain yang sentiasa menggembirakan kita semua, apabila anda melihatnya bersaing seperti itu, memberikan jiwa raga di sana, dia adalah karektor berpengarub buat pasukan, dia ada kualiti kepimpinan," kata Xavi dalam sidang akhbar.


Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski (kiri) mengawal bola dari pertahanan Real Madrid, Nacho Fernandez. - Foto AFP


"Ia datang dalam dirinya, ia menakjubkan. Pada usia 18 tahun, saya sudah katakan banyak kali, tiada batasan terhadap kemampuan budak ini." - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... iala-super-sepanyol



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list