View: 4009|Reply: 86
|
[Tempatan]
SMK King George V berusia 100 tahun
[Copy link]
|
|
SMK King George V berusia 100 tahun
https://www.bharian.com.my/berit ... v-berusia-100-tahun
Oleh Mohd Amin Jalil - Januari 15, 2023 @ 7:09pm
[email protected]
Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMKGV) di Seremban terus tersergam. NSTP/Ihsan pembaca.
SEREMBAN: Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMKGV) di sini, mencatat sejarah tersendiri apabila usianya genap 100 tahun hari ini.
SMKGV pertama kali dilancarkan pada 15 Januari 1923 iaitu 100 tahun yang lalu di dalam sebuah bangunan stesen kereta api sebagai "GES" atau "Government English School".
Nama KGV adalah sempena nama Raja England ketika itu, King George V.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Industri, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Malek, berkata dari segi sejarahnya, bangunan utama sekolah itu mula dibina pada 7 Oktober 1926.
Katanya, pada 23 April 1928, bangunan utama yang terletak di Jalan Hose (kini Jalan Za'aba) dirasmikan oleh W G Ormsby Gore.
"Majlis perasmian ini juga dihadiri oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Ibni Tuanku Antah dan Kaunselor Tinggi daripada Pejabat Jajahan British, Sir Hugh Clifford.
"Sekolah ini pernah dijadikan ibu pejabat Polis Tentera zaman pemerintahan Jepun dan bilik yang terletak di sebelah dewan utama sekolah pernah dijadikan bilik penyeksaan oleh askar Jepun.
"Tentera British juga pernah menggunakan sekolah ini sebagai hospital tentera," katanya di sini, hari ini.
Mohamad Rafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan berkata, logo SMKGV tertera perkataan "Veni, Vidi, Vici" yang membawa maksud "Aku datang, Aku lihat, Aku tawan" bersumber kepada perkataan Julius Ceaser.
Katanya, pada asalnya logo berkenaan tertera "cross" atau palang tetapi berikutan bantahan daripada pelajar pada tahun 1979, akhirnya pengetua dan Kementerian Pendidikan (KPM) akur untuk diubah kepada "V" pada tahun sama.
Katanya, pengetua sekolah ketika itu adalah Ahmad Dahan.
"Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah bekas pelajar SMKGV.
"Saya juga adalah bekas pelajar sekolah itu dalam Program Rancangan Khas dari tahun 1977 sehingga awal tahun 1980," katanya yang memperakui SMKGV telah melahirkan ribuan pemimpin, pegawai kerajaan serta tokoh masyarakat dan negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
My old school, proud jadi Georgian |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak 100 thn ke? sekolah aku dah 128 thn |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 teringin nak sekolah di sini
Senang nak balik kg kekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik.... patut la classmate asyik gebang george dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah lama aku dah nak masuk 200 tahun - MHS |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah men ren aku lagi lama. 138 tahun. georgian jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
mziskandar replied at 15-1-2023 08:09 PM
we georgian faithfully..
Shall serve our king and country |
|
|
|
|
|
|
|
"Sekolah ini pernah dijadikan ibu pejabat Polis Tentera zaman pemerintahan Jepun dan bilik yang terletak di sebelah dewan utama sekolah pernah dijadikan bilik penyeksaan oleh askar Jepun.
Mesti angker bilik tuh . Masih guna lagi ke bilik sebelah dewan sekolah tu |
|
|
|
|
|
|
|
shalalat replied at 15-1-2023 10:18 PM
Shall serve our king and country
On land and sea wherever Georgians be… |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 15-1-2023 10:20 PM
"Sekolah ini pernah dijadikan ibu pejabat Polis Tentera zaman pemerintahan Jepun dan bilik yang terl ...
Sekolah ni mmg banyak cerita seramnya… |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 16-1-2023 02:27 AM
Sekolah ni mmg banyak cerita seramnya…
Uols ex student sekolah ni ke? Citer la kalau ada kisah seram tu |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah aku dah 140 tahun dah tahun ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 16-1-2023 10:56 AM
sekolah bapak Kuin Elizebeth..
baginda ni ada pnyakit gagap kan mcm dlm cite The King's Speech yg menang Oscar dulu |
|
|
|
|
|
|
|
This school ada kolam renang.. tapi dengarnya dah lama tutup. Ye ke?
But this school memang antara yang bagus di NS. |
|
|
|
|
|
|
|
We proudly fly the school banner high...
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 16-1-2023 10:24 AM
Uols ex student sekolah ni ke? Citer la kalau ada kisah seram tu
Ye… dulu masa form 3 kalau sampai awal kat sekolah tak berani pergi kelas sorg2… biasa sampai sebelum pukul 7.00 pagi… gelap lagi… tunggu kawan lain sampai baru berani… |
|
|
|
|
|
|
| |
|