CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 4

Misteri Motor Dah Mati Enjin Tiba-Tiba Terbakar, Bomba Tak Pernah Jumpa Kes Macam Ni

[Copy link]
Post time 15-1-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Nilai: "Saya tidak pernah jumpa kes sebegini apabila motosikal yang dalam keadaan parkir boleh terbakar secara tiba-tiba," kata Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Khairollizal Abu Kassim mengenai kejadian sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah hotel dekat Jalan BBN 1/7d, Bandar Baru Nilai, di sini, terbakar secara mendadak, pagi tadi.


Kejadian jam 6.40 pagi itu menyebabkan dua motosikal yang diletakkan di situ musnah 100 peratus selain sebuah kereta terbakar 30 peratus.


Khairollizal yang juga Pegawai Operasi berkata, kebiasaannya kes kebakaran membabitkan kenderaan berlaku dalam keadaan enjin hidup tetapi dalam kes itu enjin motosikal sudah dimatikan.


Beliau berkata, api dipercayai bermula daripada salah sebuah motosikal sebelum ia merebak dengan pantas ke arah dua kenderaan berdekatan.




Foto: Harian Metro




"ihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi Mers 999 daripada pekerja hotel memaklumkan berlaku kebakaran motosikal di hadapan premis terbabit jam 6.44 pagi.


"Sepasukan anggota dan pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai bergegas ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan Perodua Viva yang terbakar 30 peratus dan dua motosikal terbakar 100 peratus.


"Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini. Kerja pemadaman dilakukan pihak bomba sehingga selesai," katanya.


Menurutnya, pemerhatian awal dan maklumat daripada pekerja hotel yang melihat kejadian, api bermula dari bahagian hadapan sebuah motosikal namun tidak diketahui puncanya.


"Angin kuat menyebabkan ia merebak ke dua kenderaan lain. Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan jika ia membabitkan unsur khianat, akan diserahkan kepada polis.


"Sehingga kini pemilik kereta dan sebuah motosikal sudah dikenal pasti. Model bagi kedua-dua motosikal sukar dicam kerana musnah sepenuhnya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kena jampi agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bateri dkt dlm moto tu blh short circuit daaa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:59 AM | Show all posts
lahh bomba pon satu xyah la ckp gitu. dah cam jadi kes misteri pulek
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bomba pun feeling2 misteri nusantara pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059673 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list