CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sisa khinzir atas jalan tidak berkait ASF

[Copy link]
Post time 15-1-2023 02:09 PM | Show all posts |Read mode

FOTO tular menunjukkan sisa khinzir yang berterabur di atas Jalan Pokok Tampang menghala Lahar Yooi di Tasek Gelugor.

Tasek Gelugor: Sisa khinzir yang bertaburan di atas Jalan Pokok Tampang menghala Lahar Yooi, di sini tiada kaitan dengan penyakit demam babi Afrika (ASF) yang menyerang beberapa ladang ternakan babi di Pulau Pinang ketika ini

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai berhubung sisa itu pada 6 pagi semalam.

"Hasil pemantauan di lokasi mendapati sisa khinzir itu adalah hasil penyembelihan yang ingin dibawa ke tapak pelupusan untuk dilupuskan.

"Kerja-kerja pembersihan kemudian dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan kakitangan syarikat haiwan ternakan terbabit.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peruntukan Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, gambar sisa ternakan itu tular di media sosial yang membangkitkan kegusaran ramai susulan penularan wabak ASF di negeri itu.

Jumaat lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan demam ASF sebagai bencana selepas tujuh ladang ternakan babi dijangkiti wabak itu

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-tidak-berkait-asf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.150046 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list