View: 5510|Reply: 58
|
"Saya Orang Yang Malas," Asrulfaizal Tak Nak Berhenti Kerja Gomen Semata-Mata Nak Jadi Pelakon
[Copy link]
|
|
Pelakon berbakat besar, Asrulfaizal enggan meninggalkan kerjaya sebagai penjawat awam hanya kerana ingin mengejar impian sebagai seorang pelakon.
Kata pemilik nama lengkap, Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman itu, tidak berbaloi bekerja sepenuh masa sebagai pelakon kerana baginya, dia tidak mempunyai kudrat untuk bersaing dengan pelakon-pelakon lain.
Foto: IG
“Filem pertama saya, Budak Kelantan waktu itu saya baru bekerja di universiti awam (Universiti Malaya). Penggambaran sekitar tahun 2005. Filem tayang pada 2008, ramai tanya: ‘Nak terjun dalam bidang hiburan terus atau kerja kerajaan?’.
“Saya tak fikir panjang sebenarnya. Keputusan saya memang saya nak kerja kerajaan.
“Sebab untuk menjadi pelakon (sepenuh masa), bagi saya, seseorang itu perlu kuat bekerja. Saya pula sejenis orang yang malas bekerja,” katanya kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Duan Nago Bogho.
Tambah Asrulfaizal, 42, lagi, dia tidak mempunyai masa untuk ‘kipas’ orang industri semata-mata ingin mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang penuh dengan sepak terajang tersebut.
“Nak pergi cari dan berbaik dengan penerbit, pergi uji bakat. Keluar rumah pagi, balik rumah pagi. Anak bini tak jumpa apa semua.
“Saya rasa memang tak boleh buat kerja lakonan sepenuh masa. ‘Life’ tiada. Dan, saya saya tak rasa juga kalau saya tinggalkan kerja sekarang (pegawai kebudayaan di UM) berbaloi pendapatannya berbanding bidang lakonan.
“Saya ini memang seorang yang sangat malas bersaing. Sedangkan, dalam bidang hiburan dan lakonan, persaingan sangat hebat.
“Misalnya, kalau berlakon dalam Duan Nago Bogho, pengarah (Sabri Yunus) ada pilihan lain selain saya, memang saya akan tarik diri awal-awal,” ujarnya.
Duan Nago Bagho arahan Sabri Yunus dan dibintangi pelakon hebat lain seperti Jojo Goh, Sabri Yunus, Datuk Rosyam Nor, Sangeeta Krishnasamy serta Saidi Sabri mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Januari 2023. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 14-1-2023 03:17 AM
Sape ni weh?
Mohd. Asrulfaizal Kamaruzaman |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah tu bang, teruskan bekerja, ada jugak pencen nanti dah tua-tua. Tapi aku tak kenal pun abang siapa. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la tu, ada kerja tetap dah peel pun malas bersaing nak kene buat kontroversi itu ini lagi. jadikan part time sudah.
btw, sapa asrulfaizal ni?
cite bdk kelantan tu muvi ke telefilm ke drama?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yg pelawak apa tah yg menang tu ..benti jadi cikgu sekolah. Tak tahu lah berbaloi ke berenti dan jadi pelawak |
|
|
|
|
|
|
|
Sori...apa ye makna duan nago bogho |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 14-1-2023 11:40 AM
Tu yg pelawak apa tah yg menang tu ..benti jadi cikgu sekolah. Tak tahu lah berbaloi ke berenti dan ...
Jadi pelawak berbaloi kut. Sebab rupa tak penting. Selain melawak, boleh jadi DJ radio, MC. Sambil2 tu release lagu.
Tiap tahun masuk pertandingan lawak kat Astro Warna. Ada rezeki dapat puluh ke ratus ribu.
Kalau pelakon.. Rupa ala kadar. Jadi extra sahajalah. Mmg susah nak cari makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijak wat pilihan.
Dijamin takan crowdfunding tua kelak.
Org gomen khuenss
|
|
|
|
|
|
|
|
gomen pun boleh buat duit berkepok kepok kepok macam meolszahhh. done riak |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan muka dia ni ada berlakon dlm series pokya congcodei..skg dh jd leading ke?suka tgk ank sabri lg dari dia ni berlakon..tp tahla dorg ni berlakon sume sepesen je style.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org malas mmg sinonim dgn kje kerajaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok la seni sebagai part time..cikgu saari pun main muzik sebagai hobi jer..sampai jadi guru besau. |
|
|
|
|
|
|
|
org bijak dia berniaga, org malas dia jadi kuli je. Ikuti Rasulullah saw berniaga sampai jadi ketua negara. Kehebatan baginda saw dalam meniaga dan memimpin negara tiada siapa boleh tandingi kecuali Allah Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka juga tgk dia berlakon. Tak terikat script pun. Tade la ckp umpama baca buku mcm hero cite softporn halal melur utk firdaus tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Laa hawla walaa.. sapa pulak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Keje gomen ape rambut macam gelandangan je |
|
|
|
|
|
|
|
Baguih la ..fikir panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tgk citer bdk Kelantan ..okeylah pandai dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
| |
|