CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Fifa buka kertas siasatan terhadap Argentina

[Copy link]
Post time 14-1-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

TINDAKAN kurang sopan Martinez undang padah. -FOTO Reuters

Paris: Fifa mengumumkan membuka kertas siasatan tindakan disiplin terhadap Argentina kerana 'kelakuan berlebihan' Argentina ketika meraikan kejayaan pada final Piala Dunia mengatasi Perancis bulan lalu.

Pasukan Amerika Selatan itu menewaskan penyandang juara Perancis menerusi sepakan penalti di Qatar selepas keputusan seri 3-3.

Penjaga gol, Emiliano Martinez membuat isyarat lucah dengan trofi kejohanan selepas perlawanan sebelum dirakam di bilik persalinan mengejek bintang Perancis, Kylian Mbappe.

Fifa berkata, Argentina berdepan dengan tindakan melanggar peraturan mengenai 'kelakuan berlebihan dan melanggar falsafah permainan bersih dan pelanggaran prinsip permainan adil' dan 'salah laku pemain dan pegawai.'

Badan induk bola sepak dunia juga sedang menyiasat FA Argentina kerana melanggar peraturan media dan pemasaran.

Sementara itu Croatia turut disiasat kerana mungkin melanggar peraturan 'diskriminasi' dan 'larangan serta keselamatan dalam perlawanan'.

Pemain dilihat menyanyikan lagu dengan perkataan 'fascist' selepas kemenangan tempat ketiga berdepan Maghribi.

Pertahanan, Dejan Lovren mempertahankan diri dan rakan sepasukan dengan memberitahu AFP ia adalah 'lagu patriotik berkaitan negara saya, yang bermakna saya sayang negara saya.'
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -terhadap-argentina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.226805 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list