CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 0

Mat Kilau Kata Kita Kena Move On, Sayang Ada Yang Nak Pecah Belah Umno

[Copy link]
Post time 13-1-2023 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Jangan cuba musnahkan parti yang dibina puluhan tahun, itu harapan pelakon Adi Putra terhadap Umno yang bersidang sejak semalam sehingg Sabtu ini.


Kata Adi Putra tidak wajar sama sekali perjuangan Umno yang diasaskan sejak sekian lama mahu disia-siakan hanya kerana perbezaan pandangan dan kumpulan dalam parti terbabit.




MalaysiaKini




"Kalau masih ada yang ingin memecah-belahkan Umno, sayanglah... Kita dah bina Umno selama 62 tahun," katanya.


Pelakon membawakan watak Mat Kilau dalam filem arahan Syamsul Yusof yang mengumpul kutipan lebih RM90 juta itu ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur petang tadi.


Adi Putra hadir untuk melihat secara dekat persidangan tiga sayap Umno yang berjalan serentak iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.


Esok Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan ucapan dasar sebelum perbahasan dibuka kepada perwakilan.


Kata Adi Putra dalam keadaan sekarang semua ahli Umno perlu menerima hakikat yang ada dan move on berbanding mengatur sebarang langkah yang akhirnya akan membawa perpecahan.


"Takkanlah kita nak sia-siakan saja perjuangan Umno. Hakikatnya bagi saya, kita kena move on," katanya.


Ditanya mengenai kemungkinan berlaku pertandingan bagi jawatan presiden dan membabitkan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, Adi Putra berkata, setiap seorang mempunyai pandangan sendiri dalam sesuatu isu.


"Sama juga dengan saya... saya ada pendirian sendiri, iaitu saya ikut keputusan parti," katanya.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.254028 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list