CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 969|Reply: 5

Wisma Putra Jejaki Cikgu Hilang Di Makkah

[Copy link]
Post time 13-1-2023 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Wisma Putra sudah menghubungi pihak berkaitan dalam usaha menjejak dan mencari rakyat Malaysia, Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah sejak lebih sebulan lalu ketika mengerjakan umrah.


Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata wakil Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi sudah menghubungi pihak berkaitan di negara itu bagi memulakan proses mencari Musthafa Kamal yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember lalu.




Musthafa Kamal Abdullah bersama anaknya, Muaz di Tanah Suci. - Foto ihsan Muhammad Nabel





"Dalam kes ini, Malawakil kita sedang mengikuti perkembangan itu dan mengambil tindakan sewajarnya.


"Ada kes tertentu yang membabitkan perundangan negara itu. Maka kita perlu berhubung dengan pihak berkenaan," katanya kepada pemberita di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan kerajaan susulan kehilangan Musthafa Kamal, 49, yang berangkat ke Makkah pada 6 Disember lalu.


Musthafa Kamal yang bergerak ke Tanah Suci bersama anaknya, Muaz, 17, untuk mengerjakan umrah dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 18 Disember.


Bagaimanapun, anaknya mendapati Musthafa Kamal, guru di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, tidak pulang ke hotel pada 12 Disember, dan segala usaha mencarinya selepas itu berdepan jalan buntu.


Ahli keluarganya turut membuat laporan polis dan Kedutaan Malaysia di Arab Saudi berhubung kehilangan Musthafa Kamal.


Sesiapa yang menemui atau mempunyai maklumat mengenai Musthafa Kamal boleh menghubungi pihak berkuasa atau memaklumkan keluarganya melalui talian 017-7362532.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh merge kot dgn thread yg dah dok ada tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pergi ngan tiram ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nak tinggai kat sane terus ke ape..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga encik mustafa kamal dpt dijumpai semula. Inshaallah dgn izinNYA..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.268606 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list