CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 4

Wanita Umno Gesa RUU AAMA Dibentang Untuk Elak Penunggang Agama

[Copy link]
Post time 12-1-2023 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Wanita Umno Bahagian Jerai, Norma Awang menggesa Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Manipulasi Agama (AAMA) dibentang untuk dibahas dan diluluskan dalam sesi Parlimen akan datang.


Norma yang mewakili Wanita Umno Kedah berkata, akta tersebut penting bagi menjamin kemurnian Islam selaku agama Persekutuan dan menghalang mana-mana pihak memanipulasi atau menunggang agama untuk kepentingan sendiri.




The Sun Daily/Bernama




“Akta ini juga boleh mengelakkan pihak berkepentingan dengan mudah menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri dan keuntungan sedikit yang akhirnya menyebabkan imej Islam tercela,” katanya pada perbahasan Perhimpunan Agung Wanita Umno di WTC.


Dalam perbahasan itu, Norma juga mengecam pihak yang memanipulasi agama untuk memberi persepsi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN).


“Kita harus berpijak di bumi nyata dengan tidak mudah diauta kononnya jika musibah melanda negeri ditadbir BN, itu adalah laknat dan bala dari Allah.


“Sebaliknya jika bencana banjir sebagai contoh mendatangi negeri ‘puak lebai’ dikatakannya ujian dari Allah, justeru perlu redha dan sabar. Adakah ini mewujudkan kekeliruan berterusan dalam kalangan pemikiran umat?” katanya.


Katanya, demikian juga jika pemimpin ‘puak lebai’ membeli kenderaan mengguna wang negeri dikatakan mensyukuri nikmat sebaliknya jika pemimpin BN menaiki kenderaan dituduhnya hasil samun atau menyakau wang rakyat.


“Kita tidak mahu lagi ada label tudung patuh syariah, tudung tak ikut syariat, hiburan ikut syariat dan hiburan tidak ikut piawaian parti tertentu.


“Kita juga perlu mengetepikan dakwaan kononnya imam dari parti tertentu lebih aulia, parti tertentu lebih Islamik hanya kerana penilaian aspek luaran semata-mata,” tambahnya.




Sumber: FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah Asemak Aljimak Pukeyyymak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pi sunway putra siang tadi, penuh restoran2 dengan gang baju merah dan pink ni..

Anyway dorg ni beria2 pi persidangan bagai, dapat tak allowance bagai? Kalau jadik ketua pemuda, puteri bagai semua tu Ada imbuhan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 07:40 AM | Show all posts
habis la penunggang.....iye ke pun????
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 07:43 AM | Show all posts
penunggang agama banyak merata merata sekarang ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.746744 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list