“Perkahwinan bukan semuanya indah. Saya pernah berada disituasi terduduk di lantai kerana merasakan rumah tangga saya dah berakhir. Namun berkat sokongan keluarga saya dan mertua, kami dapat harungi setiap dugaan.
“Saya punyai impian untuk tidak mengharungi fasa penceraian kerana saya sendiri daripada broken family. Mak dan ayah saya bercerai. Saya tak nak hal yang sama berlaku pada keluarga saya,” kongsinya lagi.
Alif berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.
Malah, dia juga percaya segala apa yang dikecapinya selama ini adalah disebabkan rezeki Allah SWT memalui isterinya.
“Bila kita berduit dan terkenal, ego kita akan semakin tinggi. Kita akan merasakan pasangan punyai banyak kekurangan dan ramai pula yang cuba dekati kita. Namun, saya selalu berfikir, adakah kehadiran orang baru itu ikhlas mencintai saya?
“Nak mencari pasangan yang sanggup susah senang bukan mudah. Jadi, kita harus saling hormat-menghormati. Isteri saya itu nampak je lembut tapi tegas orangnya. Dialah yang memperbaiki kelemahan saya.
“Tanpa isteri saya, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Saya percaya rezeki suami itu ada pada isteri,” akhirinya.
Terdahulu, sebanyak 47 kategori anugerah telah pun disampaikan kepada wanita-wanita yang telah banyak berjasa dan cemerlang di dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.
Antara penerima anugerah termasuklah daripada golongan selebriti seperi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Wawa Zainal dan ramai lagi.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Sumber: Media Hiburan