CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 1

Exco Selangor Padam Status FB Isu Arak, Bukan Bermaksud Mengundur

[Copy link]
Post time 12-1-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Exco Selangor Teng Chang Kim memadamkan satu hantaran di Facebook yang mengkritik usaha ahli Parlimen Permatang Pauh, Fawwaz Mohamad Jan untuk mengekang penjualan arak di sebuah pusat beli-belah.


Mesej yang dipadamkan itu tertera kata-kata "Kalau kamu tak minum tapi tengok pun boleh mabuk, itu masalah kamu, bukan masalah arak. Sia-sia kamu sembahyang"


Dalam catatan Facebook terbarunya, dia menulis bahawa tindakan itu bukan "mengundur tetapi tidak mahu membenarkan orang menangguk ikan di air keruh.”








Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar mendakwa catatan Facebook Teng yang dipadam itu memperlekehkan umat Islam dan solat.


Dalam satu kenyataan semalam, Sukri menuduh Teng meniupkan sentimen agama.


“Isunya ialah penjualan terbuka dan inilah yang kita tentang.


"Malunya negeri Selangor kerana sikap Teng yang celupar, biadap serta memperlekehkan solat.


“Mana pergi exco lain yang beragama Islam dalam kerajaan negeri Selangor yang lain untuk tegur,” soal Shukri.


Dua hari lalu Muhammad Fawwaz mendakwa dia menerima rungutan dan aduan daripada masyarakat Muslim berkaitan penjualan arak di Sunway Carnival Mall.




Gambar hiasan




Katanya, pertemuan dengan pihak pengurusan pusat beli-belah itu dibuat bagi menyampaikan rasa tidak selesa pengunjung dalam kalangan orang Islam.


"Hasil pertemuan kami bertegas membantah sebarang penjualan atau promosi arak secara besar-besaran seperti di ruang legar utama Sunway Carnival Mall.


"ihak penganjur menyambut baik bantahan tersebut dan akan bertindak untuk menganjurkanya dengan lebih tertutup dalam tempoh seminggu ini,” katanya.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 05:31 PM | Show all posts
aku penah dgr soal jwb agama ustaz nie kt radio.. mmg senang difahami..
pastu dia mmg berusaha keras membanteras arak nie..
yg sbrnya klau dh mabuk.. mmg mcm2 ko buat x fikir dh.. nk berzina, gaduh, pukul org, bunuh org.. selamba jer dh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.972405 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list