CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13000|Reply: 276

Nasi Lemak Laku Keras Sebab Yang Jual Cantik, Ada Yang Sangggup Datang Dari Perak Untuk Rasa

[Copy link]
Post time 12-1-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Berbekalkan resipi keluarga, harga murah, wajah cantik dan penampilan sopan, Sharifah Nurul Hamirah Syed Mohd Hamzi, 30, yang juga ibu tunggal mencuba nasib membuka gerai nasi lemak secara kecil-kecilan di tepi Jalan Sentul Pasar di sini, sejak 3 Januari lalu.


Ternyata rezeki berpihak kepadanya apabila jualannya mendapat sambutan luar biasa sehingga ada pelanggan misalnya dari Genting Highlands dan Perak, sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mencuba nasi lemak berkenaan.


Malah, ada juga pelanggan sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos penghantaran nasi lemak dari Sentul ke Putrajaya, Cyberjaya, Klang, Shah Alam serta kawasan Lembah Klang lain kerana tidak dapat hadir ke gerainya.


Foto: Harian Metro




Ibu kepada dua anak itu berkata, dia sangat terharu dengan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap jualan diusahakannya terutama selepas video dia mempromosikan jualannya tular di TikTok.


"Saya akui memang ada suara negatif misalnya, muka cantik memanglah ada orang beli, kalau makcik mesti tak laku, malah ada juga yang cakap tak malu ke muka cantik jual tepi jalan?


"Bagi saya cantik itu bonus, apa yang penting niat saya berniaga mahu mencari rezeki halal untuk dua anak saya dan keluarga kerana besar tanggungjawab saya sebagai anak sulung.


"Alhamdulillah, saya berterima kasih atas sokongan orang ramai kerana daripada hanya 200 bungkus pada hari pertama berniaga, kini jumlah itu meningkat kepada 700 bungkus," katanya ketika ditemui di gerainya di sini, hari ini.


Sehingga kini, video promosi jualan nasi lemak yang dimuat naik wanita itu pada 3 Januari lalu meraih 1.2 juta tontonan.


Menurutnya, setiap hari dia bangun seawal 4 pagi untuk memasak dan menyediakan bahan jualan dengan dibantu adik beradik dan ibu bapanya.


"Seperti mana kami mahu makan sedap, begitulah juga kami masak nasi lemak ini dengan penuh ikhlas dan kasih sayang menggunakan resipi keluarga.


"Kami hanya jual sebungkus RM1.50 kerana memang niat saya berniaga sambil bersedekah tetapi walaupun murah kualiti tetapi diutamakan.


"Itu juga pesanan mak saya, supaya rezeki bertambah berkat dan luas," katanya gerainya dibuka bermula 7 hingga 10 pagi.


Jika ada rezeki lebih, katanya, dia berhasrat membuka kedai makan untuk memperluaskan perniagaan keluarga mereka.


"Selain jual tepi jalan, saya juga menguruskan infak untuk mereka yang ingin berkongsi rezeki dengan gelandangan, pusat tahfiz, masjid, surau atau rumah anak yatim," katanya.


Dalam pada itu Sharifah Nurul Hamirah mengakui, dia sering menjadi tumpuan kerana penampilan sopan serta keramahannya melayan pelanggan yang singgah ke gerainya.


"Setiap hari saya akan menggayakan pakaian tradisional supaya sedap mata orang memandang.


"Saya tak nafikan ada soalan nakal atau pelawaan berkahwin kerana ramai mengetahui status ibu tunggal saya, namun saya tetap menjaga batas dan menetapkan niat hanya untuk mencari rezeki.


"Kalau ada pelanggan lelaki minta bergambar sama, saya layankan saja dengan syarat menjaga batas tetapi biasanya jika sudah beristeri saya akan menolak dengan baik kerana tidak mahu dipandang serong dan mendapat masalah di kemudian hari," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah good looking.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 04:48 PM | Show all posts
ok lah, satu kelebihan lah utk tarik pembeli...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:13 PM | Show all posts
macam biasa la
yang ramai jantan2 sangap pant je
hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:24 PM | Show all posts
lapar pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau dlm live TikTok tu mmg yg jual nasi lemak atau gerai tepi jalan ni viewer mmg tinggi...bukan pompuan cantik je view tinggi yg laki x hensem pun ramai org dtg beli siap beratur panjang lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2023 05:40 PM | Show all posts
teringat nasi lemak pondan. apa jadi la kat dia yer



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik penjualnya...
best mkn nasi lemak bungkus pagi2
meolls jemu asyik breakfast toast
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik....yg dtg ramai tu mesti banyak laki org...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm satu pagi dia dapat lebih dari Rm1000 hasil jualan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:54 PM | Show all posts
Asal laku bisnes nya, why not
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 05:57 PM | Show all posts
Takut ada laki orang yang terpaksa pulangkan balik nasik lemak tu, bini ngamok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Gituler jantan seantero malaya pantang ada mak j
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul pun sister. Muka memang mainkan peranan yach sis akak jujur sis. Macam akak yang tak mahu makan gula ni, tapi disebabkan mamat yang jual donut tu alahai comelnya akak hari2 beli donut dia sambil sentuh kulit tangan heols masa ambik duit baki, sisthur…
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je muka bohsia bandar baru sentul.. cuba xmekap..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:27 PM | Show all posts
salu tgk tiktok
yang nasi lemak seringgit ke apa tah
orang taruk duit kat bakul dia xmau tu
apa bnde tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 12-1-2023 06:10 PM
Biasa je muka bohsia bandar baru sentul.. cuba xmekap..

#dengki sis, #dengki
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:33 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 12-1-2023 05:40 PM
teringat nasi lemak pondan. apa jadi la kat dia yer

puihhhhhhhh jijik seal... ma eyesssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg datang laki org jantan sangap jantan gatal even pak lobai kopiah... pastu kat scomed bagi tazkirah sunnah dosa x pki tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:35 PM | Show all posts
pooh~key replied at 12-1-2023 06:08 PM
Betul pun sister. Muka memang mainkan peranan yach sis akak jujur sis. Macam akak yang tak mahu maka ...

teringat plak pernah jd pelanggan setia beli kek kat satu gewe ni
semata2 nak tgk muka dia
ujung2 kita mmg xde chance pun sbb dia target nak mat terap




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.189826 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list