View: 3505|Reply: 44
|
"Saya Tak Marah Dah Dekat Oman Cuma Geram. Sebab? Rahsia,"-Abby Abadi Sambut Birthday Norman Sama-Sama
[Copy link]
|
|
Tidak pernah menyimpan dendam terhadap bekas suami iaitu Norman Hakim, pelakon Abby Abadi berkata dia masih menjalinkan hubungan baik dengan aktor itu demi anak-anak mereka.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkata dia dan Norman kini bersahabat baik dan tidak lagi mempunyai perasaan marah selepas 13 tahun membawa haluan masing-masing.
Dalam perkongsian terbaharu di Instagram, Abby dan suami iaitu Faizal Zakaria meraikan ulang tahun kelahiran Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, yang disambut pada 8 Januari lalu.
"Kami macam kawan baik sekarang kan? Saya tak marah dah dekat Oman (panggilan Norman), cuma geram. Sebab? Rahsia. Hehe!
"Apa pun, syukur dapat sambut birthday Oman. Kecil-kecilan saja tapi sangat bermakna untuk keluarga kecil kami yang jarang dapat berkumpul," katanya.
Sementara itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada Abby dan Faizal, 49, kerana sudi meraikan hari istimewanya bersama.
Norman berkata dia masih menyayangi Abby sebagai ibu buat anak-anaknya dan Faizal sebagai seorang abah yang sama-sama mengetuai keluarga besar mereka.
"Terima kasih Abby dan abah Faizal untuk ingatan meraikan Puppy (panggilan Norman). Puppy sangat gembira, rasa nak 'woof..wooff' sepanjang malam meluahkan rasa terharu.
"Kasihku buatmu takkan pudar sebagai ibu buat anak-anakku dan sayangku buat Abah hingga ke akhir hayat yang sentiasa bersama bergandingan menakhodai bahtera keluarga ini," ujarnya.
Untuk rekod, Abby dan Norman berkahwin pada 2002, namun pasangan selebriti itu bercerai pada 2009.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 20, Marissa Dania Hakim, 18, dan Danisha Hakim, 15.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang pramatang, namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan di hospital.
Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
"Terima kasih Abby dan abah Faizal untuk ingatan meraikan Puppy (panggilan Norman). Puppy sangat gembira, rasa nak 'woof..wooff' sepanjang malam meluahkan rasa terharu.
Apa ke bingainya lu panggilin puppy..ya ampounnnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sazreena replied at 12-1-2023 04:00 PM
"Terima kasih Abby dan abah Faizal untuk ingatan meraikan Puppy (panggilan Norman). Puppy sangat gem ...
Bunyi pn woof woof....memg patut la puppy sis |
|
|
|
|
|
|
|
omg cringe yang teramat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bangka nak puppy..mekyah ni dah kenapa...insap la sket..laki tu cam tak function je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakyah ckp dia bercukur dpt raikan hrjadi normiang bersama keluarga KECIL mereka yg JARANG dapat bersama. Bakyah ni pon, kalo nak auta berpada2 lah wei....gabungan ko+shuben+ank2&ank2 angkat ko dgn normiang+memek+ank2 semua tu, dikira keluarga besar lah. Korg bukan jarang2 dpt bersama, tp mmg selalu je be together kan....opsss, aku rs sebetulnya ko yg suka mengekor normiang dan memek, aku tk rs memek teruja sgt bergabung dgn ko Bakyah oiiiiii. Memek tu terpaksa je kot, sbb dia rs bersalah runtuhkan rumahtangga ko dulu |
|
|
|
|
|
|
|
mendapat la uolls jadi penyondol kan.
retis lain lepas kena sondol, aman2 jah dapat hidup sendiri.
memek kena hadap Bakyah sehingga ke akhir hayat
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak yg last mcm muka MeiMei |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg jarang jumpanya. Aku tengok ada jelah post dia segerombolan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha...tergelak besar iols.
Manjah2 anjing gitu di usia tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai...puppy? tak ada panggilan lain ke...astaga...adu du du...ya ampun... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la namanya hikmat tamparan wanita tanpa bayang..seumur idop chuols bekyah jadi saka. Nasib ko la memek sapa suh sondol normiang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
..kena la hadap bayangan pai ke tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun puppy patut gong gong la apa pulak woof woof |
|
|
|
|
|
|
|
Kena hadap bekas bini menempel,kifarah jugak kannn..nasib la memey..kalo izreen,tunggang terbalik bumi |
|
|
|
|
|
|
|
baca ayat tu..cringe betul la..tapi bila tgk video n gambo, iols tumpang rasa happy. hubungan anak2 dgn mak ayah sebenar masih baik. persekitaran yg baik utk diorang membesar..yela, ni dikira family beso la..semoga mereka terus berkekalan baik mcm ni..cuma harapnya lepas ni post tu lebih matang la sikit..padan dgn umur nk menghampiri 50s. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian somi baru masih xde zuriat. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku silap baca tajuk. Ingatkan diorang pergi Oman celebrate birthday. |
|
|
|
|
|
|
| |
|