CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

Polis Tahan 'Bouncer' Cuba Jadi Hero Lindungi GRO

[Copy link]
Post time 12-1-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan lelaki tempatan bekerja sebagai 'bouncer' kelab menghalang operasi Jabatan Imigresen Perak dalam Ops Gegar mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Canning Estate, Ipoh pada Rabu.


Pengarah Imigresen Negeri Perak, Hapdzan Husaini berkata, serbuan Ops Gegar pukul 1.25 pagi itu membawa kepada penahanan lelaki berusia 34 tahun berkenaan bersama 27 individu termasuk 22 wanita, dipercayai pelayan pelanggan warganegara asing.




Tangkapan itu melibatkan 10 wanita warganegara China, 11 wanita Vietnam dan seorang wanita Thailand selain lima lelaki Bangladesh





"Tangkapan itu melibatkan 10 wanita warganegara China, 11 wanita Vietnam dan seorang wanita Thailand selain lima lelaki Bangladesh.


"Ketika operasi berkenaan, mereka cuba bersembunyi di belakang pintu dan seorang lelaki warganegara Malaysia cuba menghalang pergerakan masuk pegawai dengan menahan pintu masuk dari sebelah dalam premis,"


"Walau bagaimanapun, pegawai operasi berjaya mengawal keadaan dengan menahan mereka daripada meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Hapdzan berkata, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.281491 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list