CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2177|Reply: 27

Kahwin Di Thailand Lebih Banyak Pahit Daripada Manis

[Copy link]
Post time 12-1-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun tanpa letusan bu­nga api yang berwarna-warni tahun ini sempena ambang tahun baharu 2023, kehangatannya tetap dapat dirasai menerusi isu-isu panas yang terpampang di dada-dada akhbar dan platform-platform media sosial.


Sudah pasti majoriti rakyat Malaysia tahu tentang berita perkahwinan kedua seorang pe­ngarah dan pelakon terkemuka tanah air di Thailand baru-baru ini sehingga menyebabkan para isteri semakin berjaga-jaga de­ngan tingkah laku suami.


Semakan di iklan-iklan yang menawarkan khidmat perkahwinan di Thailand mendapati, pasangan yang ingin berkahwin hanya perlu mengeluarkan per­belanjaan antara RM2,300 hingga RM2,500 untuk pakej lengkap beserta makanan dan penginapan dua hari satu malam.




Foto: Kosmo




Tidak hairanlah ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk berkahwin di sana dengan kos yang lebih murah, proses yang lebih mudah dan kelulusan yang lebih pantas berbanding di Malaysia.


Namun, tidak ramai yang i­ngin menyingkap atau mengambil tahu tentang sisi gelap perkahwinan di Thailand selepas dibutakan dengan keindahan mudahnya berkahwin di negara Gajah Putih itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sungguhpun perkahwinan itu sah di sisi agama, ia tetap tidak diiktiraf di sisi perundangan negara selagi tidak didaftarkan semula di Malaysia.




“Banyak implikasinya kelak jika tidak daftarkan pernikahan itu, seperti kemungkinan perkahwinan tersebut tidak sah dan jika tidak sah akan beri implikasi pada anak pula, anak yang lahir itu bagaimana statusnya?


“Bagaimana pula sekiranya terjadi perkara tidak diingini dalam perkahwinan seperti penderaan dan tidak beri nafkah? Si isteri dan anak itu akan tiada ruang untuk membuat sebarang tuntutan nafkah, failkan cerai dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.


Jelas beliau, perkara-perkara itu tidak boleh dituntut oleh si isteri dan anak sekiranya perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia kerana dari segi undang-undang, pasangan tersebut tidak pernah berkahwin.


“Lebih teruk apabila si anak kelak tidak boleh didaftarkan kelahirannya kerana badan kuasa yang ada autoriti untuk keluarkan perintah pendaftaran adalah mahkamah syariah, jika tidak daftarkan perkahwinan itu maknanya perintah pendaftaran tidak boleh dikeluarkan.


“Jika perintah pendaftaran tidak boleh dikeluarkan, pejabat agama pula tidak boleh keluarkan sijil nikah, seterusnya tidak boleh didaftarkan kelahiran anak itu di Jabatan Pendaftaran Negara,” jelas beliau.


Mohd. Na’im memaklumkan, perkahwinan di Thailand yang tidak didaftarkan semula turut memberikan risiko dalam isu berkaitan pemilikan harta, isu berkaitan locus untuk membuat tindakan di Mahkamah Syariah termasuklah pewarisan atau fa­raid selain jelas melakukan pe­langgaran undang-undang yang boleh didakwa juga dihukum.


“Nasihat saya, patuhilah undang-undang yang telah digubal dan ia bukan untuk menyusahkan, sebaliknya mahkamah mahu lihat keadilan bukan sahaja kepada suami, namun juga kepada isteri sedia ada, bakal isteri, wali dan keluarga,” katanya.


Perkahwinan umumnya merupakan hari bahagia meraikan cinta antara kedua-dua mempelai, jadi berusahalah lebih sedikit bagi memastikan ia dibuat berlandaskan hukum syarak dan tidak menyalahi undang-undang sedia ada agar ikatan yang dibina mendapat keberkatan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 10:22 AM | Show all posts
apa solusinya? permudahkan system poligami di malaysia, supaya org tidak pergi menikah di siam
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 10:56 AM | Show all posts
Kahwin siam ni yg bodoh pihak pompuan la.. bagi pihak lelaki dapat jadikan halal tu je goal dia.  Berapa ramai yang sanggup balik menyusahkan diri register, kena saman, kena hukum, kena bantai dgn isteri pertama, keluarga etc.. sudahnya ada anak kena binkan abdullah, lepas kena tinggal most likely so sebab kalau dia boleh buat kat first wife most likely dia akan buat kat ko.. ko nak kawin lain pun tak boleh.. still bini orang dari segi hukum tapi ikut undang2 ko still single sebab tak register, nak lawan kat mahkamah syariah takde kes…
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 11:06 AM | Show all posts
ifanonline replied at 12-1-2023 10:22 AM
apa solusinya? permudahkan system poligami di malaysia, supaya org tidak pergi menikah di siam

Mungkin.. pada pendapat aku la.. tak perlu dapatkan izin isteri pertama sebab dari segi hukum takde keperluan pun mintak izin ni.. tapi dalam hukum ada disebutkan sebut mesti berkemampuan dan mesti berlaku adil.  So kena suami kena prove di mahkamah syariah yang dia berkemampuan dan akan berlaku adil.  Kena siap2 bagi tau macamana dia nak berlaku adil.  Kalau boleh yakinkan hakim then why not.  Kalau kerja pak guard, duit sewa flat ppr pun manjang bini kena bayarkan then hampehla.  Tak pun kerja Koperal polis dan takde pendapatan lain, anak ada 6.. apa yang mampu nya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 11:07 AM | Show all posts
rikiruj replied at 12-1-2023 11:06 AM
Mungkin.. pada pendapat aku la.. tak perlu dapatkan izin isteri pertama sebab dari segi hukum takd ...

ya, berbalik kpd hukum tuhan, bukan hukum manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 11:52 AM | Show all posts
ifanonline replied at 12-1-2023 10:22 AM
apa solusinya? permudahkan system poligami di malaysia, supaya org tidak pergi menikah di siam

musim lobai mengawan ka skrg?

dua tiga hari ni forum penuh cerita batu lesung mencari lesung ja


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2023 12:17 PM | Show all posts
Menikah (tambah bini) tanpa pengetahuan bini sediada ni adakala menyusahkan.

Tambah bini tapi dokumen tak valid/tak lengkap.

Bila dah mati dan waktu waris-waris menuntut harta, si mati cuma declared secara rasmi hanya ada satu bini.
Harta dah agih-agih... sekali mai bini no.2 tuntut harta.

Itupun, kalu bini no.2 ada dokumen lengkap dan validlah.

Bila ini berlaku, apa tanggapan waris (anak-anak) terhadap si mati?
Bertambah beban waris-waris ni sebab tuntutan berlapis.

Moral of da stori:
Nak menikah lagi, bagitau bini.


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 12-1-2023 07:06 PM

I ada kenalan rapat. Dia kawin di siam dgn kwn baik isteri dan jugak jirannya. Dia pesan pd 2nd wife jgn bgtau 1st wife. 1st wife ni punya baik bawak jiran ni pi umrah, china...dah kawan baik kan. And 2nd wife tu at the same time punyalah berapi tengok husband tu mcm lebihkan 1st wife ( dah 1st wife tu tak tau yg ada 2nd wife). 2nd wife tak tahan, bagitau 1st wìfe....depress sangat 1st wife sampai the husband tu cerai 2nd wife dgn talak 3. The 1st wife punya sedih sampai kesihatan terganggu lantas meninggal. Bnyk lagi...tp i malas type
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 12-1-2023 12:56 PM

Nak kawin tak mampu salahkan kerajaan..
Baik yg poligami or single same je..
Xde sape suro kau buat majlis besaran.. buat yg wajib je la..
Kalau bini xizinkan, boleh je kan proceed kalau mahkamah benarkan..
Sendiri xnak usaha sikit.. padahal kau yg carik penyakit nak berbini byk tapi nak rilex2 xnak usaha..
Lepastu lepas kawin lg tambah byk masalah duit, perangai bini2 anak2, family mertua.. menda simple pun malas mcm mana nak bimbing byk keluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 12:56 PM | Show all posts
yang banyak kawin siam pun orka vip and politicians dan juga lobai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 01:11 PM | Show all posts
rikiruj replied at 12-1-2023 11:06 AM
Mungkin.. pada pendapat aku la.. tak perlu dapatkan izin isteri pertama sebab dari segi hukum takd ...

my bos yang kara raya pernah g mahkamah mintak izin kawin no 2 . tapi mahkamah reject sedangkan isteri no 1 rela n takde anak . sudahnya my bos kahwin kat Kota Bharu. Tak pasti pakai kadhi mana . tapi surat nikah ada  la . Sampai sekrg we all tak tahu kenapa mahkamah reject .
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 01:18 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 12-1-2023 12:44 PM
I ada kenalan rapat. Dia kawin di siam dgn kwn baik isteri dan jugak jirannya. Dia pesan pd 2nd wife ...

kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 12-1-2023 10:56 AM
Kahwin siam ni yg bodoh pihak pompuan la.. bagi pihak lelaki dapat jadikan halal tu je goal dia.  Be ...

Baca komen2 org yg ada kawan/sedara jd bini no2 ni ternyata perit weh.
Terutama yg sorok2 drpd pengetahuan isteri 1st. Kena byk mengalah dan pendam rasa.
Umpama perempuan simpanan versi halal.
Sian plak… tp itu jalan yg dipilih hadapla
Dahla takde surat nikah dr jab agama sbb suami nk rahsiakan je terutama yg keje gomen.
Ada yg jumpa suami tiap kali  suami dia outstation. Tiap bulan suami akan outstation kt negeri bini muda tinggal.
Ada juga yg suami tak penah bermalam pun jumpa sekitar waktu maghrib- isyak je.
Tak penah beraya atau dibawa kemana2 event pun.

Adakah itu hidup yg kalian wanita impikan? Pikir2kanlaah..
Si suami tu ada la bhgn dia la bila mati sok jln senget ler nnt sbb tak berlaku adil.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 02:34 PM | Show all posts
Peingatan org perempuan la kena bijak.Ikutkan rasa binasa nanti kalau pernikahan tak di daftarkan mmg mcm2 masalah timbul nanti.
Akhirnya yg jadi mangsa anak2.
Lagi satu nak buat majlis ikut kemampuan dan buat yg wajib je cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
UMMI_MAI replied at 12-1-2023 01:11 PM
my bos yang kara raya pernah g mahkamah mintak izin kawin no 2 . tapi mahkamah reject sedangkan is ...

Nak tau jugak kenapa kena reject. Betul ke gi mahkamah?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Long time ago my fren ada teman kakak dia kawen kat Siam. Both couple single lg. Yg jadi masalah parents tak restu. Taktau psl apa, masa tu tgk abg ipar dia elok jer, ada kerja. Lps ada anak, baru parents restu. Parents pun kdg2 ntah apa2 perangai kaki control anak2 melampau2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 02:46 PM | Show all posts
kawen dekat siam jadi 2nd wife. senyap2. laki bagi rumah untuk duduk. bahagialah mula2 walaupun kawen diam2.

bila anak beranak 1st wife tahu, terus dituntut semua harta yang bapak dia bagi pada 2nd wife. bila bagitahu dah kawen, bukti documentation semua tak ada. famili sana tak bagi jumpa langsung 2nd wife. terpaksa keluar rumah, bila mintak cerai, tak boleh sebab document semua tak ada. nak kawen baru, status diri pun unknown. tergantung macam tu. kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 12-1-2023 12:44 PM
I ada kenalan rapat. Dia kawin di siam dgn kwn baik isteri dan jugak jirannya. Dia pesan pd 2nd wife ...

Garit nya bini ke 2 tu
Dah amik haq org nk lebih² pulak....
Kesiannya 1st wife....

Cite le lg......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 12-1-2023 02:46 PM
kawen dekat siam jadi 2nd wife. senyap2. laki bagi rumah untuk duduk. bahagialah mula2 walaupun kawe ...

Oooo perit. Ikutkan rasa sangat. Semoga dijauhkan dari keturunan ku la kawen Siam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang² poligami kita ni lobai gubal utk elakkn penganiayaan kt pompuan & ank bakal lahir. Paham dak? Tambah bagi jantan² sedor diri bukan asal 'mampu' je voley poligami. Tu pasal bukan senang² hakim mahkamah syariah nk bg greenlight kt sapa² yg mohon poligami. Lg dilonggar syarat nnt lg btambah² masalah sosial. Toksah kira la menda tuh halal,tak salah,dpt pahala yada³. Kengkadang ade betolnye lobai ckp poligami ni lg byk pahit dr manis, hence undang² poligami ni wujud. Hadam?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.090987 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list