View: 269|Reply: 0
|
Kesal, Tapi Biar Polis Siasat Kes Dera Bayi Hingga Koma
[Copy link]
|
|
Kerajaan negeri kesal dengan kejadian bayi berusia empat bulan dipercayai didera di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di bandar raya ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis melakukan siasatan terperinci terlebih dulu.
Menurutnya, pihaknya sedang menunggu laporan siasatan terhadap tiga kakitangan taska swasta yang sudah ditahan itu.
"Kita sangat kesal dengan apa yang berlaku ini dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis menjalankan siasatan terlebih dulu.
"Apa pun, kita tunggu laporan siasatan polis kerana setakat ini, kita masih belum mendapat kepastian siapa yang bersalah," katanya.
Beliau yang ditemui pada Majlis Menandatangani Surat Anugerah (LOA) untuk Projek Pembangunan Mini Hidro 3.0MW di Sungai Pelagat, Besut di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Hanafiah berkata, pihaknya mendapati sebanyak 134 taska berdaftar di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu termasuk taska di pejabat kerajaan.
Menurutnya, setakat ini belum ada kes penderaan yang dilaporkan membabitkan taska milik kerajaan negeri di bawah JKM Terengganu.
"Kita melakukan tapisan terperinci dari segi latar belakang kakitangan taska di bawah kerajaan negeri sebelum mengambil bekerja.
"Justeru, kita mengharapkan kes penderaan di taska di negeri ini tidak berulang sebaliknya apa yang berlaku membabitkan kes terpencil," katanya.
Semalam, portal Harian Metro melaporkan tiga kakitangan taska berusia 22 hingga 33 tahun ditahan selepas dipercayai mendera bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma.
Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|