CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 2

Pakar Psikiatri Sebut Perkataan Lucah Pada Bekas Pesakit Dibebas Tuduhan

[Copy link]
Post time 11-1-2023 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pakar psikiatri daripada pertuduhan menyebut perkataan lucah terhadap bekas pesakitnya, empat tahun lepas.


Majistret Nurshahira Abdul Salim memutuskan demikian tanpa memanggil Dr. Gurdeep Singh Narain Singh, 45, membela diri terhadap pertuduhan tersebut.








Dalam keputusannya, Nurshahira berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan serta meneliti eksibit-eksibit dan menimbang dokumen-dokumen yang difailkan oleh kedua-dua pihak.


“Mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh,” jelas Nurshahira.


Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Mohamad Faiz manakala Dr. Gurdeep Singh diwakili peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay.


Seramai sembilan saksi pendakwaan termasuk mangsa dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pertengahan 2020.


Turut hadir dalam prosiding hari ini, peguam Francis Pereira bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak pengadu.


Pada 24 Januari 2020, Dr. Gurdeep Singh didakwa mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan bekas pesakitnya dengan menyebut perkataan lucah untuk didengari mangsa.


Kejadian didakwa berlaku di sebuah hospital swasta di Kota Damansara pada 4.30 petang, 12 Februari 2019.


Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
apa perkataan nya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama dah tarnish. Orang takut nk jumpa. Sape suh tabur pasir dlm periuk sendiri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.355947 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list