CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 1

Pencuri Pecah Masuk Kedai Telefon Tergamam Disapa Pemilik, Terus 'Cabut' Lari

[Copy link]
Post time 11-1-2023 09:23 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang pencuri cuba memecah masuk sebuah kedai telefon ketika diperhatikan oleh pemiliknya, lapor laman berita Suara.com.


Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.


Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi di dalam kedai telefon bimbit yang ketika itu sudah ditutup.










Pemilik kedai  tersebut dilihat sedang berada di kaunter sebelum seorang lelaki berpakaian serba hitam menerjah masuk secara tiba-tiba.


Pemilik kedai itu terkejut apabila melihat separuh badan pencuri berkenaan sudah berada di dalam kedai.


Bagaimanapun, pemilik kedai itu dilihat tidak menjerit atau panik, sebaliknya menyapa si pencuri dengan tenang.


Tindakannya itu membuatkan pencuri tersebut keluar dari premis itu serta-merta sebelum pemilik kedai dilihat menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbit.




  



Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


“Mereka yang memiliki kedai itu sangat peramah. Selepas tutup, mereka masih menyapa pelanggan yang ingin menceroboh,” kata seorang netizen.


“Rolling door itu mesti dinaik taraf,” kata netizen lain. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 10:18 AM | Show all posts
lahhh cmni pon volehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.147170 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list