View: 513|Reply: 1
|
Sanggup tempuh 17 jam perjalanan ke Bangkok demi Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Sanggup tempuh 17 jam perjalanan ke Bangkok demi Harimau Malaya
Muhammad Shimir Mazli (kiri) dan Abdullah Fadzeely Muhamad Arif di Stadium Thammasat selepas mengharungi perjalanan 17 jam menaiki bas dari Kuala Lumpur.
BANGKOK: Pemain Harimau Malaya sememangnya amat bertuah kerana 'dikelilingi' oleh kelompok penyokong tegar yang sanggup berbuat apa sahaja demi cinta kepada negara.
Mana tidaknya, kelompok penyokong setia ini sentiasa mencari 'jalan' sebagai 'pemain ke-12' untuk turut memberi sokongan kepada pemain negara bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, malam ini.
Jika tidak dapat menerusi 'jalan atas', 'jalan bawah' pun tidak mengapa asalkan sampai meskipun terpaksa mengharungi perjalanan lebih berbelas jam untuk tiba di venue perlawanan yang terletak kira kira 40 kilometer daripada bandar raya Bangkok.
Malah, tabik hormat patut diberikan kerana mereka benar-benar ke Bangkok hanya untuk memberi sokongan kepada skuad kebangsaan dan akan terus pulang ke tanah air selepas tamat perlawanan.
Antara penyokong yang tidak ketinggalan menaiki bas untuk ke Bangkok adalah Abdullah Fadzeely Muhamad Arif yang jelas teruja apabila kali pertama mengharungi perjalanan lebih 1,500 kilometer (km) yang menelan masa 17 jam dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur.
Juruteknik berusia 21 tahun itu berkata, semua yang dilakukan itu semata mata demi Malaysia dan mahu memastikan sokongan mereka tetap 'sampai' kepada pemain negara di atas padang.
"Semua ini atas dasar semangat kepada negara selain memberi pengalaman baharu untuk saya apabila berpeluang melihat banyak perkara menarik sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
"Sebelum ini, saya hanya menyaksikan aksi dalam negara dan kali ini, saya mahu melihat Malaysia layak ke final pula," katanya yang mula bertolak pada jam 1 pagi, Isnin lalu.
Sementara itu, rakannya yang turut menaiki bas yang sama, Muhammad Shimir Mazli menjelaskan ini kali kedua dia menggunakan pengangkutan darat untuk ke Bangkok selepas kali pertama pada separuh akhir kedua Piala AFF 2018 di Stadium Rajamangala.
Tegasnya, semangat untuk terus memberi sokongan padu sama seperti aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil membuatkan dia juga mahu menuju ke Bangkok.
"Demi Harimau Malaya, kami sanggup buat apa saja dan berkorban apa saja. Saya memilih bas untuk merasai suasana meriah bersama rakan lain.
"Kos keseluruhan menelan belanja kira-kira RM600 termasuklah untuk bas, tiket perlawanan dan perjalanan di Bangkok," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... demi-harimau-malaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Thai to beat harimau 2-1 but we are through to the final on the away goal rule...
Syabas harimwu malaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|