CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1561|Reply: 0

'Nak berpoligami ikutlah undang-undang, jujur kepada pasangan'

  [Copy link]
Post time 10-1-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode
'Nak berpoligami ikutlah undang-undang, jujur kepada pasangan'
Oleh BERNAMA - Januari 10, 2023 @ 3:13pm


- Gambar hiasan


SHAH ALAM: Lelaki yang ingin berpoligami, diingatkan supaya mematuhi peruntukan undang-undang yang digubal dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis, demi memberikan kemudahan dan manfaat serta menolak kemudaratan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata sebagai contoh, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 digubal demi menjaga kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.

"Mereka yang ingin berpoligami perlu mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan kerana memulai sebuah hubungan suci dengan teratur dan jujur sangat penting bagi menjamin kerukunan, kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga, apatah lagi beberapa keluarga di bawah satu pimpinan dalam keluarga poligami," katanya kepada Bernama.

Katanya, tindakan berpoligami secara tidak sah dan teratur seperti bernikah di luar negara atau secara sindiket menyebabkan institusi agama di negara ini dilihat gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam, malah dilabel menyusahkan urusan poligami.

Mengulas mengenai risiko perkahwinan tidak mengikut undang-undang ditetapkan, beliau berkata terdapat beberapa kes perkahwinan yang tidak dapat disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah disebabkan isu wali dan pernikahan yang dilaksanakan oleh pihak tidak diberi tauliah oleh negara terlibat.

Mohd Zawawi berkata, hal ini menyebabkan pasangan berkenaan tidak diiktiraf sebagai suami isteri dari segi hukum syarak dan tidak dapat didaftarkan secara sah mengikut undang-undang.

Selain itu, beliau berkata antara kesan perkahwinan poligami tidak sah adalah seperti kesukaran pendaftaran anak di Jabatan Pendaftaran Negara dan risiko disabitkan sebagai anak tidak sah taraf, sukar mengemukakan tuntutan berbangkit daripada perkahwinan serta kesulitan pembahagian harta jika berlaku kematian.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata, sebanyak 322 pendaftaran kes pengesahan nikah poligami yang tidak mengikut mengikut undang-undang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor dan diperintahkan untuk mendaftar di Jabatan Agama Islam tahun lepas.

Angka itu adalah peningkatan 18.4 peratus iaitu berbanding 272 kes pada 2021, katanya.

"Daripada 322 kes tersebut, sebanyak 93 peratus atau 299 kes adalah pernikahan yang dilangsungkan di selatan Thailand, manakala selebihnya adalah pernikahan secara sindiket yang dilangsungkan di dalam negara membabitkan jurunikah tempatan dan jurunikah Thailand," katanya.

Mohd Zawawi berkata mana-mana pihak yang yang membuat poligami tanpa kebenaran mahkamah boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 124, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Dari sudut perundangan, mereka yang mempunyai isteri perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah di negeri itu untuk berpoligami," katanya. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... jur-kepada-pasangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.115050 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list