View: 1442|Reply: 23
|
Habis RM60 Ribu Ditipu, Bomoh Minta Cari Kain Putih Orang Mati Dibunuh Pada Selasa Serta Tanah Kubur Untuk Ubati Kanser
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Sudahlah menderita sakit akibat barah malah ditipu pula oleh bomoh temberang yang berjanji akan memulihkan penyakit itu tanpa melalui rawatan hospital.
Janji manis bomoh temberang itu menarik minat beberapa pesakit barah di negeri ini yang mengakui menyesal selepas berhabis sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan rawatan melalui kaedah tradisional.
Penjaga pesakit barah yang mahu dikenali sebagai Atirah, 49, berkata, dia sudah menghabiskan lebih RM1,000 untuk empat kali rawatan buat suaminya yang menghidap barah peti suara sejak beberapa tahun lalu.
 Gambar Hiasan
Katanya, bomoh yang ditemuinya meminta dia membuat bayaran terlebih dahulu untuk memudahkan dia mencari barangan sebelum melakukan rawatan secara tradisional.
"Suami enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan menyebabkan saya terpaksa mengikut kehendaknya walaupun sebenarnya rawatan di hospital boleh membantu.
"Saya membawa suami menemui bomoh dan membayar wang yang diminta sebelum mendapat air penawar yang dijampi," katanya ditemui di sini.
Menurut Atirah, dia terpaksa menggunakan wang simpanannya dan anak untuk membayar bomoh berkenaan.
Bagaimanapun, dia menyesal kerana keadaan suami bukan bertambah baik malah semakin teruk malah mereka juga sudah tidak mempunyai wang simpanan.
"Jika dulu saya terus bawa suami ke hospital untuk jalani rawatan susulan, mungkin suami ada peluang sembuh," katanya.
Pesakit barah otak, Che Intan Md Zain, 61, berkata, dia pernah diminta mencari kain putih orang mati dibunuh pada Selasa serta tanah kubur untuk merawat penyakit terbabit.
Malah, bomoh itu turut mengatakan dia diganggu makhluk halus.
Katanya, bomoh berkenaan turut memberitahu yang dia boleh berubat tetapi dengan syarat tidak boleh mendapatkan rawatan di hospital.
"Akhirnya, saya kerugian lebih RM60,000 termasuk menjual rumah, barang kemas serta wang simpanan kerana percayakan bomoh," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal berkata, setakat ini, lebih 100 pesakit barah mengadu kepadanya yang mereka menjadi mangsa bomoh yang menawarkan rawatan tradisional.
Namun katanya, kebanyakan mereka menyesal kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk kos rawatan habis dibelanjakan untuk bomoh.
"Saya nasihati semua pesakit barah supaya mendapatkan rawatan di hospital dan bukannya melalui bomoh tradisional kerana barah lebih cepat merebak sekiranya tidak mendapat rawatan hospital.
"Saya kasihan apabila mendengar masalah pesakit ketika datang ziarah malah ada yang memberitahu mereka sudah tiada apa simpanan sehingga sanggup menjual rumah untuk membayar bomoh," katanya ditemui. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah baca novel Minyak Dagu
Hmmmm teringat dia gali kubur ibu mati mengandung sulung
Dibakornya dagu mayat tu dengan lilin sampai keluor minyak
Pastu lupa dah
30 tahun lepas dekkk baca |
|
|
|
|
|
|
|
Sang suami yg takmo gi spital.
Penganut kultus teori kahh? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa kalau bomoh mintak carik yg pelik2 ni sebenarnya utk kepentingan bomoh tu sendiri. Contohnya cari kapin kapan, perasap dagu mayat, ambik air mandian mayat etc etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malas baca citer mcmni, nyakitkan hati je tgk org mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 10-1-2023 02:00 PM
Pernah baca novel Minyak Dagu
Hmmmm teringat dia gali kubur ibu mati mengandung sulung
Dibakornya da ...
Akak lak tgk film minyak dagu..fezrul khan belakon
Dia gali kubur pompuan
Then bukak sket ikatan kain kapan and nyalakan lighter kt dagu mayat utk extract minyak dagu |
|
|
|
|
|
|
|
Bebaru ni akak tgk film Qorin
Memasing diberi kain putih kecik dan diisi batu dan kayu dan dibungkus mcm mayat
Dan kendian dijampi serapah dlm bhs sunda jawa
Ni utk panggil Qorin
Udahnya mmg qorin sume org muncul masa tu smpi org lain pun x tahu yg mana satu org sebenar,yg mana satu jin
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 10-1-2023 02:07 PM
Akak lak tgk film minyak dagu..fezrul khan belakon
Dia gali kubur pompuan
Then bukak sket ikatan k ...
Ada filem rupanya
Nanti macik g tengok pulak lah
Tapi memuda dulu pas baca novel tu
Memang serammm juga
Tambah duduk uni plak masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 10-1-2023 02:13 PM
Ada filem rupanya
Nanti macik g tengok pulak lah
Film minyak dagu tu dh lama few yrs ago.pi la cari..mmg ada scene dia extract minyak dagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mendeeeeee.. kanser pi operate, chemo & radiotherapy lahhhhh...
Alternative (semasa senggang masa jadual in between chemo, radio), makan apricot seed, framkincense, or canabis treatment boleh laa tu pun stil kena consult doc yg merawat... |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 10-1-2023 02:00 PM
Pernah baca novel Minyak Dagu
Hmmmm teringat dia gali kubur ibu mati mengandung sulung
Dibakornya da ...
Aku rasa pernah baca novel TAMAR JALIS ni
Hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
...Suami enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan menyebabkan saya terpaksa mengikut kehendaknya..
Laki bodoh sial menyusahkan macam gini patut kau tinggalkan je biar dia sakit terseksa sampai mati....tapi ye lah kan... kata orang tak ciom bau syorggaaaaaaa khensss... terpaksa lah sama jadi bodoh..
Padahal duit ribu-ribu tu kau dah boleh masuk hosp private dah... selesa...tak payah nak gali kubur orang lah amik kain kapan mayat lah... boleh duduk ontok2 kat spital tu makan semua dah siap.
Sembuh tak sembuh tu kuasa Tuhan, bukan doktor atau bomoh, tapi at least kau laki bini selesa lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap antifaksin tak masuk tered ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Setajah pipah susu kutu boleh membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pakcik rugi 60k tu xlayak nk mengata bomoh tu ye. Tuhan dah bg barah xtobat2 jgk |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 10-1-2023 02:08 PM
Bebaru ni akak tgk film Qorin
Memasing diberi kain putih kecik dan diisi batu dan kayu dan dibungkus ...
Chuols mmg suka betul filem seram yachhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 10-1-2023 02:32 PM
Chuols mmg suka betul filem seram yachhhhh
Ms wiken bebaru ni ada masa free sket .tu yg terjah jap cinema sbb nak tgk qorin ni
Yg Kkn desa penari extended tu i x tengok sbb sah2 konfem mengantuk film kkn tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takut mati punya pasal
60k tu banyak
Boleh guna untuk treatment
Boleh guna spend time dgn family, create memories
Kenapa lah sesetengah org melayu ni taksub dgn bomoh |
|
|
|
|
|
|
|
Awatla sebegitu bodohnya percaya bomoh.
Yang ada laki tu nasib baik sedar awal kalau tak sedar silap2 bg tubuh nanti kat bomoh.
Alang2 dari bodoh rasa nak mati baik le mati je senang. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 10-1-2023 02:20 PM
Aku rasa pernah baca novel TAMAR JALIS ni
Hahahaha...
Macik tak ingat dah sape penulis
Tapi dalam tahun 96 gitu bacanya
Ingat pun sebab member hostel bawak
Memang serammmm ya amatttt
Ada part2 sedih juga
Terutama masa jenazah tu hidup balik
Dia merayu2 jangan guna dagu dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|