CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 1

Seludup Ke Thailand, Nelayan Kelas C Ramai Jual Diesel Subsidi

[Copy link]
Post time 10-1-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
LANGKAWI – Pengusaha bot nelayan kelas C yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi ke Thailand disyaki memanipulasi kuota mi­nyak diperoleh dengan membuat simpanan bahan api tersebut di lokasi tertentu.


Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, setiap pengusaha bot nelayan tempatan itu mempu­nyai kuota bulanan minyak yang dibenarkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan.


Foto: Kosmo




“Mereka disyaki memanipulasi kuota minyak itu dengan menyimpan minyak di tempat yang tidak digazetkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


“Apabila simpanan telah penuh, penyeludup akan memindahkan minyak diesel ini ke dalam tangki bot untuk dibawa keluar ke laut seolah-olah untuk menangkap ikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.


Kata beliau, mereka kemudian menjalankan kegiatan memindahkan diesel ke bot Thailand di perairan negara jiran itu bagi mengelak penguat kuasa mengesan kegiatan tersebut.


“Kita telah berkongsi maklumat dengan penguat kuasa di Thailand untuk melaksanakan kolaborasi bersama pada masa akan datang,” ujarnya.


Dalam pada itu, beliau berkata, bot nelayan kelas C didapati cenderung untuk terlibat dalam kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi ke Thailand kerana dibenarkan membawa bahan api itu dalam jumlah yang banyak.


“Bot nelayan kelas C mempu­nyai kelebihan untuk memuatkan antara 7,000 liter hingga 15,000 liter bagi satu perjalanan.


“Kuota yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka adalah kira-kira 20,000 liter sebulan untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti perikanan,” ujarnya.


Kosmo! semalam melaporkan sebilangan bot nelayan tempatan dipercayai menjual minyak diesel bersubsidi kepada warga asing.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 08:25 AM | Show all posts
mmg tak sedar dek untung ko ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list