CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 14

Wanita Berhenti Di Bahu Jalan Sebab Kereta Rosak Mati Dilanggar Lori Kontena

[Copy link]
Post time 10-1-2023 09:04 AM | Show all posts |Read mode
KUALA KANGSAR – Seorang wanita maut dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.


Mangsa, B. Karthigayayini, 37, yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.


Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa dan dua individu lain berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.


Sebuah lori kontena tanpa muatan dikatakan telah melanggar mangsa yang ketika itu berada di sisi kereta tersebut.





Foto: Kosmo






Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan itu diterima pada pukul 5.23 pagi.


“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.


“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu dan pemantauan dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Malapetaka ni separuh kerosakan separuh kebodohan. Sorry have to say that. Apa pun takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Malapetaka ni separuh kerosaka ...


Tak baik awak ckp mcm tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 11:08 AM | Show all posts
mcm mana kontena tu boleh rempuh kereta kat bahu jalan.. lori driver tu ngantuk ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 12:00 PM | Show all posts
Edited by brego at 10-1-2023 12:02 PM

kalau kereta rosak time malam, jangan ler duduk tepi kereta tu.
kereta kawan aku rosak tepi jalan, dia tunggu highway mekanik,
kereta kena rempuh dgn lori,
naseb baik dia duduk jauh sket dari kereta.

kalau tukar tayar, make sure ada orang yg jaga belakang kereta tu,
bagi signal pada lori utk alert, or bagi amaran kat kawan tu utk lari,
kalau ada driver jilake bawak lori sambil lalok dadah or todi.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 12:06 PM | Show all posts
Ingat lagi time tersadai kat highway. Bukan masalah kereta tak boleh bergerak. Tapi sebab ada asap keluar dari enjin kereta.So kami pun parking la kat bahu jalan. Tapi bahu jalan tu kira agak sempit la. Kol la peronda higway.

Lps tu diorang suruh kami pergi kedepan sikit..cari tempat yang betul2 selamat untuk park kereta. Bahaya sebab lori dok lalu lalang kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejauh2 pemandangan
Macam mana dreba boleh sauk tanpa mengelak
Takkan lah tak nampak
Luas cermin lori bas
Tinggi pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 02:07 PM | Show all posts
Dekat emergency lane kan? So lori ni drive on emergency lane ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Emergency lane tu tak selamat untuk berhentikan kereta. Bila orang nak faham konsep ni... Itu lane yang berturap, kenderaan boleh lalu. Kau berhenti atas rumput tu. Kalau sempit dan terpaksa jugak park emergency lane tu... Kau keluar dari kereta, jgn tunggu tepi pintu kereta pulak. Dok jauh jauh ke dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 02:28 PM | Show all posts
Kalau ada baby tengah tido dalam kereta, mcm mana ye?

Keluarkan car seat dan biarkan baby bawah panas matahari dan tunggu jauh sikit daripada kereta ke camner? Soalan jujur, sebab Bear selalu memandu dengan anak2 semua sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:18 PM | Show all posts
pernah tayar bocor kt plus tapah jam 10mlm..skali ke blkg nk buka bonet tukar tayar lalu lori,bas,kontena mcm nk melayang punya laju. last skali call plus mintk dia dtg..tp sejam jgk la tungu dlm gelap tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:27 PM | Show all posts
kwn iols tayar pancit rela dia drive kuar mana2 exit dari berhenti emergency lane, walaupun driver2 lain hon nk bgtau tayar pancit..dia dah aware tp dia takkan berhenti kat bahu jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:31 PM | Show all posts
teringat kes preve berenti tepi jalan tolong orang kereta rosak, last2 dua2 orang tu kena rempuh lori...laju plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 03:33 PM | Show all posts
huhuu takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 08:14 AM | Show all posts
takotnya uol. semoga ajal tidak diseret lori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063758 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list