View: 2325|Reply: 42
|
Umat Islam Diharamkan Bawa Watak Malaikat - Mufti
[Copy link]
|
|
Umat Islam diharamkan membawa watak malaikat dalam lakonan kerana ia akan membuka ruang kepada golongan berniat jahat menghina agama Islam.
Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel terbaharu Irshad Al-Fatwa dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, segala gambaran imej malaikat dalam lakonan tersebut yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah adalah dilarang.
Gambar hiasan
“Larangan ini termasuk dengan perkataan atau perbuatan seperti melukis, bertindak, bercakap atau sebaliknya.
“Melakonkan watak malaikat di dalam filem secara tidak langsung merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk yang suci.
“Hal ini bercanggah dengan kehadiran malaikat yang hanya diketahui menerusi wahyu daripada Allah SWT,” katanya.
Katanya, malaikat adalah makhluk yang mempunyai kedudukan dan keistimewaannya dalam Islam kerana mereka ini ialah makhluk yang taat dalam melaksanakan perintah Allah SWT.
Dalam pada itu, PMWP berkata, lakonan manusia menyerupai malaikat banyak diadaptasi dalam filem-filem di barat sejak sekian lama.
“Amat menyedihkan jika masyarakat Islam meniru gaya pemikiran orang-orang Barat itu,” katanya.
Katanya, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menjelaskan fatwa bahawa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa’ ar-Rashidin dan para sahabat merupakan satu perbuatan tercela.
Larangan melakonkan watak malaikat juga bertepatan dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam pada tahun 2015.
Kriteria penapisan bahan-bahan multimedia dan penyiaran berunsur Islam menggariskan bahawa ‘tidak melakonkan atau menggambarkan sebarang ilustrasi atau watak para nabi, malaikat, syaitan dan perkara-perkara Sam’iyyat dan Ghaibiyyat.
Sebelum ini, masyarakat Islam di negara ini digemparkan dengan sebuah filem dimana pelakon lelakinya yang beragama Islam melakonkan watak malaikat dalam filem berkenaan.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Filem apa tu circa 2010 cite pasal angel? Buang masa dua jam aku. Punyalah haukkkk to the max citenya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Split gravy on rice ke? Hmm..rase yer dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 9-1-2023 11:55 PM
jgn risau..citer kita memang pasal ank orng kaya jatuh cinta ngn ank orng miskin,ank berebut harta mak bapa,citer 'korporat..ala2 megah holding.......jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Legion pelakon laki dia yg berlakon sbg malaikat tu beragama Islam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm crita tu ada scene psl tiupan sangkakala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde lah, he's not a Muslim.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lps tu nnti slhkn kaum Mlyu xnak mnyokong entertainment tmpatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah, mesti ada yg bersuara pasal filem spilt gravy ni... |
|
|
|
|
|
|
|
"Sebelum ini, masyarakat Islam di negara ini digemparkan dengan sebuah filem dimana pelakon lelakinya yang beragama Islam melakonkan watak malaikat dalam filem berkenaan."
Filem apa diorg maksudkan ni? Sis tertinggal bas... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang berlakon jadi "malaikat" dalam spilt gravy tu pun dah meninggal da |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon jd iblis blh plk yer mcm dilem fenomena dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuyyyoo malaikat ada 6 packs..dasatttt
Yg manusia2 lak memasing buncit boroi |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 10-1-2023 02:43 AM
Dah agak dah, mesti ada yg bersuara pasal filem spilt gravy ni...
Patutlah filem ni kena banned dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menjelaskan fatwa bahawa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa’ ar-Rashidin dan para sahabat merupakan satu perbuatan tercela.
nah, that's explain everything here
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer ejen 44 or 88 dulu. yg lawak pelakon veteran dee & moon tu. kelakar kot. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 9-1-2023 10:53 PM
Filem apa tu circa 2010 cite pasal angel? Buang masa dua jam aku. Punyalah haukkkk to the max citeny ...
Legion sis. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tv series lucifer. kelakar gila |
|
|
|
|
|
|
|
Agent 44 & 88.. waktu NTV7 mula2 bersiaran... NTV7 time tu mmg channel tv yg target ummah urban..yg jadi agent jahat Dee pakai baju hitam pastu yg jd agent baik baju putih tu Chris Ng, host channel Makan2 kat Astro Ria taun 90an dulu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|