CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

Remaja Lelaki Orang Asli Maut Dipijak Gajah Di Kebun Durian

[Copy link]
Post time 9-1-2023 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Sinderut, di Lipis, hari ini.


Andy Yok Manin, 15, dikatakan diserang seekor gajah ketika mangsa bersama-sama ahli keluarga berada di kebun durian kira-kira jam 10 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata serangan gajah berkenaan dipercayai bermula dari Kampung Regang tetapi berjaya dihalau penduduk, sebelum haiwan itu menghala ke kawasan kebun durian terbabit di Kampung Tual.


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki Orang Asli telah meninggal dunia dipercayai akibat diserang gajah liar.


"Anggota Balai Polis Sungai Koyan membawa mayat mangsa ke Unit Forensik, Hospital Kuala Lipis, untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya.




Seorang remaja lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar, hari ini. - Foto ihsan PDRM





Sebelum ini, kejadian serupa turut berlaku di Kampung Simoi Baru, Pos Betau, yang mana seorang wanita Orang Asli maut akibat dipijak gajah pada 7 Disember tahun lalu.


Sementara itu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menzahirkan kesedihan dan simpati, sekali gus mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas insiden itu.


Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar Pahang, untuk menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan.


"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan berharap mereka tabah menerima ujian ini," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.085112 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list