CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 9

Penunggang Pecut Laju-Laju, Lalun Khas Motosikal Dah Macam Trek Lumba

[Copy link]
Post time 9-1-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Kewujudan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan di Lembah Klang sepatutnya boleh mengurangkan kemalangan, namun lorong tersebut kini umpama jerat kepada penunggang motosikal.


Bukan kerana keadaan laluan yang kononnya daif, tetapi sikap penunggang itu sendiri.


Sebahagian mereka me­nunggang laju tanpa mempedulikan keselamatan pengguna lain. Di kawasan larangan memotong di dalam terowong pun tidak dipedulikan, malah mereka tetap memecut laju.


Foto: Kosmo




Lebih berbahaya pada waktu puncak apabila ramai warga kota menggunakan laluan tersebut untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.


Tindakan menukar lorong tanpa melihat motosikal di belakang terlebih dahulu juga punca kemalangan kerap berlaku. Setiap minggu pasti ada penunggang tergolek di atas jalan atau di dalam longkang.


Ada penunggang juga sesuka hati memasuki laluan motosikal secara melulu.


Sikap tergesa-gesa sebahagian penunggang motosikal terbabit ibarat perangkap maut kepada pengguna lain yang menunggang secara berhemah.


MAT LAN
Klang, Selangor -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 03:21 PM | Show all posts
Ni lah umumnya perangai kebanyakan rider motosikal kat Malaysia ni, segala tempat di ciloknya.. aku paling sakit hati kalau jalan 2 hala, lorong dia jem so dia bantai lalu lorong bertentangan dan expect kereta laluan bertentangan tu ke tepi sampai ke bahu jalan bagi dia lalu tengah2 tu… macam haram jadah perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak patut lah kau buat mcm trek lumba
Orang nak.gi keje...
Nak berlumba gi la.tmpt yang dikhaskan..
Lagi ngek moto kat federal menyelit kat lorong kereta sambil hon hon..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 03:59 PM | Show all posts
kalau dah jiwa rempit tu, mana nak fikir orang lain dah..
entah apa dibangga bawak laju menyelit sana sini..
jatuh tergolek kau jugak yang sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:32 PM | Show all posts
shernazz replied at 9-1-2023 03:27 PM
Memang tak patut lah kau buat mcm trek lumba
Orang nak.gi keje...
Nak berlumba gi la.tmpt yang dikha ...

Betul.. Dekat situ bukannya trek lumba, sama juga jalan raya tipikal..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:33 PM | Show all posts
spesis yg sama selalu maki org lain konon xbg signal tukar lorong
mcm la siamang ni bg signal cilok sana sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2023 08:12 AM | Show all posts
lumba la lagi biar mati situ elok juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:24 AM | Show all posts
kat kl ni, time jem kena bawak kete betul2 align antara garisan kiri & kanan
ko terrapat sikit ke garisan tu kena hon, kena maki, kena tunjuk fak
kalo nk tukar lorong, setgh jam sblm tukar lorong ko dh kena start bagi signal
sbb geng2 ni expect garisan putus2 tu clear 1km sblm dia sampai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Perangai bodoh yg menyusahkan semua org.

Dah Ada laluan khas supaya perjalanan dia Selamat dari kene gelek blindspot Lori atau kete dia pegi buat keje bangang sesama motor lain pulak.

Dasar bangsat tak bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 9-1-2023 04:32 PM
Betul.. Dekat situ bukannya trek lumba, sama juga jalan raya tipikal..

Geram kan..kekadang elok2 bawak kete..eh eh..menyelit moto sebelah jalan yang bz tu..
Laki iols pernah hampir kena langgar dgn moto kat lorong moto tu sebab orang tu bawa laju sangat sampai terbabas ke tepi...sabo jelah...
Laki.iols.teruskan oerjalanan sebab dia nak on time..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.069249 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list