CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 640|Reply: 7

Tian Chua Sifatkan Pemecatan PKR Bertentangan Arus Rekonsiliasi

[Copy link]
Post time 9-1-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan tindakan keputusan PKR memecatnya bertentangan dengan arus rekonsiliasi dan keterangkuman dalam suasana politik saat ini.


Malah, bekas Ahli Parlimen Batu itu juga kesal dengan tindakan yang diambil Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datin Dr. Tan Yee Kew kerana memilih untuk mengumumkan pemecatan itu kepada media sebelum memaklumkan kepada mereka yang terlibat.


Beliau menyifatkan perbuatan itu sangat tidak profesional yang amat dikesali dan tidak sopan.




FB




“Dalam konteks skenario pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pihak-pihak yang berlawan telah mengetepikan permusuhan semasa pilihanraya.


“Bahkan musuh lama termasuk mereka yang didakwa pengkhianat telah berdamai dan berikrar untuk bekerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.


“Namun, tanpa mempertikaikan kuasa kepemimpinan, tindakan keras menerapkan peraturan adalah seolah-olah bertentangan dengan arus rekonsiliasi dan keterangkuman dalam suasana politik saat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Semalam, media melaporkan, PKR secara rasmi memecat Tian Chua dan empat lagi ahli selepas bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 tanpa persetujuan parti.


Empat lagi yang dipecat ialah Puah Chee Haur daripada cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng), M Mohganan (Taiping), serta Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).


Dalam pada itu, Tian Chua mengakui, beliau sedih dan kecewa dengan keputusan yang diambil PKR selepas terlibat berterusan berjuang selama lebih dua dekad terutamanya dalam gerakan reformasi.


“Sepanjang perjalanan perjuangan ini, saya tidak sekali pun pernah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip atau objektif politik parti. Hati nurani saya bersih.


“Sejak awal lagi saya bersedia menerima akibat bertanding dalam pilihan raya tanpa restu pucuk pimpinan parti. Saya akur bahawa parti perlu menjaga disiplin organisasi,” ujarnya.


Namun, tegasnya, beliau bertanggungjawab atas semua tindakannya tanpa menyalahkan sesiapa.


“Saya menyertai perjuangan reformasi sejak tahun 1998 hanya dengan tujuan membawa perubahan demokrasi kepada tanahair. Hari ini saya bangga melihat usaha bertahun-tahun tidak sia-sia. Saya sedikit pun tidak menyesali setiap minit yang ditabur dalam perjuangan ini.


“Masih banyak lagi cabaran di hadapan kita. Saya berjanji kepada para penyokong bahawa saya tidak akan memperlahankan langkah kegiatan untuk melakukan pembaharuan. Saya tidak akan undur dari berjuang untuk membela hak dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.  




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 01:14 PM | Show all posts
japp.. muka heols bersopak kahh itewww?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
...arus rekonsiliasi dan keterangkuman...tinggi2 bahasa org pkr tu blm lg anwar...terdampar sepi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 02:36 PM | Show all posts
buat parti baru mcm mak lampir..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 02:37 PM | Show all posts
Ngkaw mandi air terdedah kena matahari ker Tian Chua? Bersopak muke ngkaw tu ha
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:39 PM | Show all posts
kerana memilih untuk mengumumkan pemecatan itu kepada media sebelum memaklumkan kepada mereka yang terlibat.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sangat tidak profesional

dia komplen pasal ni ja kan

Lebih heran macam mana berita mcm ni boleh masuk utusan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2023 07:15 AM | Show all posts
Tian Chua: Saya dipecat di saat musuh lama pun berdamai
Diterbitkan:  Jan 9, 2023 11:08 AM


Bekas naib presiden PKR Tian Chua menyifatkan keputusan untuk memecatnya dari parti itu bertentangan dengan pendekatan rekonsiliasi dalam politik negara pada masa ini.

Pada masa sama, Tian Chua berkata dia tetap akur dengan keputusan itu dan malah telah bersedia berdepan sebarang akibat selepas bertanding dalam PRU15 sebagai calon bebas.

"Walau demikian dalam konteks senario pasca-PRU15, pihak-pihak yang berlawan telah mengetepikan permusuhan semasa pilihanraya

"Bahkan musuh lama termasuk mereka yang didakwa pengkhianat telah berdamai dan berikrar untuk bekerjasama dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

"Tanpa mempertikaikan kuasa kepemimpinan, tindakan keras menerapkan peraturan adalah seolah-olah bertentangan dengan arus rekonsiliasi dan keterangkuman dalam suasana politik saat ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (PKR) memutuskan untuk memecat Tian Chua serta empat lagi anggota kerana bertanding sebagai calon bebas dalam PRU lalu.

Dia bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Batu - kerusi yang dipengangnya antara 2008 hingga 2018 - dan berdepan penyandang dari PKR, P Prabakaran.

Untuk rekod, Tian Chua menyokong Prabakaran yang merupakan calon bebas pada PRU 2018 setelah dia sendiri hilang kelayakan untuk bertanding.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Tian Chua diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya.

Sedih dengan pemecatannya, Tian Chua turut membangkitkan tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang mengumumkan keputusan itu sebelum memaklumkan kepadanya sebagai tidak profesional dan tidak sopan.

"Sebagai aktivis PKR yang menyaksikan kelahiran gerakan ini dan terlibat berterusan dalam perjuangan selama lebih dua dekad, sudah tentunya saya sedih dan kecewa dengan keputusan tersebut.

"Sepanjang perjalanan perjuangan ini, saya tidak sekali pun pernah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip atau objektif politik parti. Hati nurani saya bersih," katanya.

Dia juga berkata akan terus berjuang untuk pembaharuan dan rakyat walaupun tidak lagi bersama PKR.

"Saya menyertai perjuangan Reformasi sejak 1998 hanya dengan tujuan membawa perubahan demokrasi kepada tanah air. Saya sedikit pun tidak menyesali setiap minit yang ditabur dalam perjuangan ini," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala Tian Chua.. X perlu meroyan la..dah ramai member2 senior ko pun lama dah keluar dr PKR..yg ramai skrg ni pun org2 baru mcm Maslee bekas menteri pendidikan tu..baik ikut mcm Chandra Muzaffar gan sape nama peguam Melayu lelaki tu...PKR skrg ni dah mcm x relevan..nk reformasi pe nye sejak Pak Non dibebaskan dr penjara..dia pun dah jd PM skrg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.300151 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list