CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM jemput NGO kongsi data mengenai keciciran pelajar

[Copy link]
Post time 8-1-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode
KPM jemput NGO kongsi data mengenai keciciran pelajar

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 8, 2023 @ 12:54pm  bhnews@bh.com.my







NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) menjemput mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat kajian berhubung isu keciciran pelajar untuk mengadakan perbincangan seterusnya dalam merangka langkah lebih efektif menyelesaikan isu itu.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya mendapatkan pandangan dari semua pihak termasuk NGO yang membuat kajian berhubung isu keciciran pelajar itu.

Katanya, KPM memandang serius isu keciciran pelajar yang juga adalah sau daripada tujuh teras utama kementerian.

"Kita memang dapatkan maklum balas dari semua pihak yang buat kajian tentang isu keciciran ini dan jika ada NGO yang dakwa (berlaku keciciran pelajar di kawasan mereka), kita mohon datang kepada KPM bersama data (hasil kajian).

"Jadi kita boleh buat intervensi (langkah) bersama dan pada masa sama boleh lihat sama ada program yang dilakukan KPM (atasi keciciran pelajar) efektif atau tidak dalam menangani isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kajian sebuah NGO yang mendakwa hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada sidang media berhubung program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Panchor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementerian sememangnya mempunyai langkah untuk menangani isu keciciran pelajar dan kini dalam proses mendapatkan input berkaitan daripada pelbagai pihak.

"Dari segi jumlah sebenar pelajar yang tercicir kita belum ada data itu yang mana kita masih lagi dalam proses untuk mendapatkan input.

"Oleh itu, kita jemput NGO yang melakukan kajian ini untuk berbincang bagi mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir menyarankan KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.

Ini kerana katanya, kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list