CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4196|Reply: 54

Rombakan Kabinit: Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2010 03:35 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.
Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.
Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).
Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.
Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.
Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.
Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.
Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.
Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.
Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.
Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.
Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.
Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 03:39 PM | Show all posts
pusing pusing tang tu jugak....
apaal geng2 dinosour umno tak digugurkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:40 PM | Show all posts
aku sedikit kagum ngan KJ bilamana dia menolak beberapa kali gelaran dato yang dikurniakan ke atasnya.
dedulu allahyarham tun ghaffar baba pun xder gelaran masa berkhidmat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:41 PM | Show all posts
eh apa bodoh kalu dah nak GE tahun depan nak rombak kabinit lagik?


astagaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:43 PM | Show all posts
muka lama jugak yang diambiknyer...huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:44 PM | Show all posts
kj jadi timbalan muntrik munkeee???OH MY GOSH.............
weyyyyy wargih rombau,,,mp kito dapek jawatan,,,,timbalan laie,,,,kiro apo nk sonang luluih la,,,,,,,,,takdo la laie cito jalan kek kg podeh lobang lobum dek lombu,muhahahahahahahahahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2010 03:44 PM | Show all posts
Reply 3# SangNilaUtama


    so nak bandingkan KJ dengan Tun Ghaffar Baba? Tun apa sumbangan dia? KJ plak? heheh.. KJ ni bagi aku masuk cara kecoh.. org kecoh ni selalunya x lama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:44 PM | Show all posts
bapa dapi artis antarabangsa itu pun bakal digugurkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 03:45 PM | Show all posts
sumber mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:45 PM | Show all posts
ahmad maslan????/
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:45 PM | Show all posts
Aku suka Si Shabery air liur tu gugur! Sampai sekarang aku tak leh lufe, dia bahas ngan DSAI, air liur menyembur2!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:46 PM | Show all posts
Reply  SangNilaUtama


    so nak bandingkan KJ dengan Tun Ghaffar Baba? Tun apa sumbangan dia?  ...
furadust Post at 18-11-2010 15:44



    aku kagum tang tu je.harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:46 PM | Show all posts
eh apa bodoh kalu dah nak GE tahun depan nak rombak kabinit lagik?


astagaaaaa
kabukiman Post at 18-11-2010 15:41



    nak elction kene kemas2kan kabinet kekdah nye..
tapi mmg bodoh la... kang lepas election kene pilihmenteri baru plak lagi skali...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:47 PM | Show all posts
Aku suka Si Shabery air liur tu gugur! Sampai sekarang aku tak leh lufe, dia bahas ngan DSAI, air li ...
mallcop Post at 18-11-2010 15:45



    harus aku tabik dia ni.bukan calang calang org berani berdebat ngan DSAI di kaca tv.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:47 PM | Show all posts
ha'ah.. sumber mana tt ambik ni... tak de pong kat utusan meloya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:48 PM | Show all posts
ni dari utusang meloya





PUTRAJAYA 17 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hanya akan mengumumkan rombakan Kabinetnya sekiranya ia benar-benar terjadi.

''Takkan saya nak beritahu bila. Rombakan Kabinet takkan diberitahu, kalau ada, adalah, kalau tak ada, tak adalah.

''Saya tidak bercakap tentang rombakan Kabinet, tapi tentang kepimpinan dalam UMNO," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi perbualan video dengan perwakilan pelajar Malaysia di luar negara di kediaman Seri Perdana di sini pagi ini.

Najib ditanya kemungkinan rombakan Kabinet akan dibuat dalam masa terdekat ditambah pula dengan penilaian hujung tahun ke atas Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menteri-menteri tidak lama lagi.

Pada Jun lalu, Najib memaklumkan kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan pada Julai tahun lepas bagi menjadi kayu ukur prestasi kerajaan, telah mencapai KPI yang ditetapkan.

Menurut beliau, enam NKRA itu dikenal pasti setelah kerajaan merundingi rakyat dan mendengar keluh kesah serta pandangan mereka.

Dalam pada itu mengulas rombakan kepimpinan UMNO negeri yang akan diumumkan beliau tidak lama lagi, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau sedang memikirkan perkara itu setelah ia tergendala selama dua minggu berikutan beliau menghidap penyakit cacar.

''Selepas ini apabila saya bekerja seperti biasa, saya akan beri tumpuan," kata beliau.

Pada 23 Oktober lalu, Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.

"Saya akan maklumkan bila sampai masa, tak lama lagilah. Semua kemungkinan boleh (melibatkan kepimpinan UMNO negeri)," kata beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 03:49 PM | Show all posts
ezam, zahrin ngan zul kulim ada dpt jawatan ape2 tak??
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:50 PM | Show all posts
menteri bapak dafi elok le out
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:51 PM | Show all posts
harus aku tabik dia ni.bukan calang calang org berani berdebat ngan DSAI di kaca tv.
SangNilaUtama Post at 18-11-2010 15:47



    habis? Pak Presiden & Timb. Pres pun tak berani! Nasib baik depa tak tolak ah kak rosmah suruh debat! Harus lah ah kak tu menang!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:52 PM | Show all posts
ezam, zahrin ngan zul kulim ada dpt jawatan ape2 tak??
along3746 Post at 18-11-2010 15:49



    ezam jadi Menteri Kotak, Zahrin jadi Menteri Hal Ehwal Jaga Tepi Kain Orang & Zul Kulim,pulak Menteri Lidah Bercabang!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071292 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list