View: 2676|Reply: 28
|
'Cukup-cukuplah Saya Cakap' - Agong Titah Tangguh Semua Kelulusan Projek Cameron Highlands
[Copy link]
|
|
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua kelulusan projek pembangunan di Cameron Highlands ditangguhkan sementara, ketika ini.
Baginda bertitah agar semua projek terutama membabitkan pertanian dan penternakan, sama ada yang telah atau akan diberikan kelulusan membabitkan kawasan tanah tinggi itu untuk dikaji semula.
Titah Al-Sultan Abdullah, Baginda tidak mahu kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu dan insiden banjir lumpur di Kampung Raja, Cameron Highlands, berulang kembali.
 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 100 asnaf di Cameron Highlands, Pahang, hari ini - Foto: IG Istana Negara
Baginda bertitah, ketika ini, banyak projek baharu terutama aktiviti pertanian dikesan dijalankan di kawasan bukit di Cameron Highlands hingga menimbulkan kemusykilan sama ada ia dilakukan secara sah atau tanpa kelulusan.
"Maka buat sementara saya harap, buat sementara, kaji semula, kalau perlu ditangguhkan semua kelulusan untuk kawasan di daerah Cameron Highlands buat sementara ini, di bukit-bukit yang tinggi. Ini saranan saya , ini titah saya. 'Enough is enough (cukup-cukuplah)' saya cakap," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas mendengar taklimat solusi banjir lumpur Kampung Baru, Kampung Raja dekat sini yang disampaikan Pegawai Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman pada Jumaat.
Selain itu, baginda turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 21 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir lumpur di Kampung Raja Disember lalu.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menasihatkan pihak berkuasa negeri agar lebih teliti dalam memberi kelulusan terhadap mana-mana projek bagi dijalankan di Cameron Highlands.
Titah baginda pihak berkuasa negeri harus turun padang dan melakukan tinjauan melalui kaedah moden dan tidak hanya bergantung kepada peta semata-mata dalam mendapatkan sebarang penilaian.
"Kita tak nampak daripada jauh. Kalau di Pejabat Daerah tak nampak mata air di Kampung Raja ataupun di Kampung Terlak.
"Kena turun padang, kena lihat sendiri. Jangan dengan berdasar kepada peta saja semata-mata. Maka sebab itu saya mencadangkan supaya pihak menteri besar, pegawai daerah, pegawai tanah, tinjau melalui helikopter dan guna segala teknologi yang ada sekarang. sudah ada dron pun, gunakan kaedah-kaedah moden ini untuk peninjauan," titah baginda lagi.
Sumber: AWANI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Better late than never....
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun....cukup cukup sudah juga ler setelah bertdekad dekad lamanya BURPPPPPPPPPPPPP 'kekenyangan'.....
Ahakzzzzzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berapa generasi ch rosak. Sampaikan sumber air pun terjejas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantang tempat cantik, mesti nak bina itu ini. Depan rumah me ni sungai plus seberang another city view super…., kalau kat malaysia mesti dah kena ambil buat condo mewah 50 tingkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap YDP sudi juga beri penitahan berkenaan isu besar yg bakal berlaku ahad ini. Negara ini bakal diserbu pelancong2 berisiko tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Titahkan adik beradik sepupu sepapat yg ada nama kat CH tu stop pajak tanah. Sana tu semua tanah pajak. Pemiliknya siapa lagi kalau bukan Tuan kepada Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mls je nak ckp isu ni..Kalo org asal Pahang, faham2 je la.. bukan boleh sesuka ati gondolkan hutan bukit semua ni..ingat pejabat perhutanan tu sengaja jd tunggu kayu ke..sape pulak dpt benefit beso akibat penebangan hutan semua ni.. alih2 org yg x tau kata itu ini.. Kita rakyat x de kuasa tuk bt keputsan..ckp lebih kang mula la berangkut .. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kelakar pulak. Cakap lebih kang berangkut. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
yg haram pun byk tuanku....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada haram..semuanya dah berbayar samaada gelap atau terang je. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerminnn besarr diperlukan |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap lelebih kang, kena angkut laptop berserta package tido lokap plak . |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa replied at 6-1-2023 11:35 PM
Ecececehh
Kihkih iols senyum ajor |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 7-1-2023 09:57 AM
Cerminnn besarr diperlukan
Hahahaha
Cermin besar yang boleh menunjukkan keseluruhan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Tak malu sungguh ya, ckp mcm org tak tahu psl kegiatan dia huh
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong buat highway ke CH,,,kami penat melancong selalu jem jalan sempit parking tepi jalan
-nrtijen- |
|
|
|
|
|
|
|
Azam tahun baru ke ni.. make sure berterusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|