View: 3393|Reply: 48
|
Merogol, Mencabul Mangsa- Suami Isteri Penganggur Didakwa Perdagang Kanak-Kanak Untuk Tujuan Seks
[Copy link]
|
|
Temerloh: Pasangan suami isteri berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bagi tujuan eksploitasi seksual di Felda Purun, Bera, di sini, tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Rizal Hamzah, 38, dan isterinya, Intan Wahidah Mohd Nor, 47, juga didakwa atas 13 lagi pertuduhan berkaitan kesalahan seksual terhadap mangsa sama di Mahkamah Sesyen, di sini.
Rizal berdepan tujuh pertuduhan, manakala Intan Wahidah berdepan enam pertuduhan. Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
 Foto: Harian Metro
Rizal didakwa berasingan dengan tiga pertuduhan melakukan pengantunan, melakukan seks luar tabii, merogol dan melakukan mencabul mangsa.
Intan Wahidah yang juga ibu kepada enam anak pula didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pengantunan seksual terhadap mangsa.
Pasangan menganggur itu didakwa melakukan 15 kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Purun, Bera, di sini, antara April hingga September tahun lalu.
Di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, pasangan suami isteri itu berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan.
Bagi kesalahan fizikal seksual terhadap kanak-kanak di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, pasangan itu berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii, tertuduh berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, manakala kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Jamaludin menetapkan jaminan RM35,000 bagi Rizal dan RM29,000 bagi Intan Wahidah serta menetapkan 1 Mac nanti sebagai tarikh sebutan semula.
Beliau turut mengingatkan kedua-dua tertuduh supaya tidak mengganggu mangsa.
Sementara itu, empat individu didakwa secara berasingan di mahkamah sama atas kesalahan merogol dan serangan seksual terhadap mangsa sama di Felda Purun, tahun lalu.
Ismail Burhan, 42, didakwa atas tiga pertuduhan bagi kesalahan melakukan serangan seksual fizikal, seks luar tabii dan rogol terhadap remaja berkenaan, manakala Ahmad Rudzuan Ismail, 41, didakwa atas dua pertuduhan rogol serta amang seksual terhadap mangsa.
Pengawal keselamatan, Abdul Hafis Endut, 37, pula didakwa atas kesalahan merogol serta amang seksual, manakala pemandu bas, Kamaruzaman Basir, 57, didakwa merogol mangsa sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afidatul Azwa Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.
Peguam Aida Rahayu Abd Rahman mewakili pasangan suami isteri itu serta Kamaruzaman, manakala Mazura Ismail mewakili Ahmad Rudzuan, Ismail dan Abdul Hafis.
Keempat-empat lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun dan September tahun lalu di Felda Purun.
Jamaludin menetapkan jaminan RM10,000 bagi Ismail dan Abdul Hafis, manakala Rudzuan dan Kamaruzaman Basir ditetapkan jaminan masing-masing sebanyak RM15,000 dan RM6,000 dengan kesemua mereka diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa.
Hakim menetapkan 1 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya laki bini ni buat budak perempuan tu jadi pelacur org Felda. |
|
|
|
|
|
|
|
Woi..budak.tu mak.bapaknya mana..
Atau budak.tu kena.culik?
Gile wei..dgn 4.orang pedofil gila lagi...
Budak umo 13 tahun.kot..baru form.1 |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka sungguh
Dah la.tak.keje..ko.lacurkan budak.plak
Kenapa la.ikat jamin depa2 neh..
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi apelah esok budak tu bila dh besar... mcm2 manusia la, mmg ramai org mcm ni, hidop utk merosakkan hidop org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Macam Mana kena tangkap ? Budak itu pregnant ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
tu kalau anak2 dorang yg 6 orang tu dah besar..perempuan.. mungkin terus jd ibu & bapak ayam terus dorang ni.... jual anak2 sendiri terus... |
|
|
|
|
|
|
|
anti penyeludupan migran. anak pati ke jd mangsa? cilake btl jantan dgn tine gundu. ko dh tau nk duit demi tembolok 8org, ko pegi keje la mangkok!!!! nk jual diri sendiri tak laku pulak |
|
|
|
|
|
|
|
umah2 mulayu meleis isleeee
janji bertudung dan tutup awrat nampak suchi morni disitu, even hati lago busok dari bangkai babi.. babi pun lagi moliaaaa 
|
|
|
|
|
|
|
|
rs nak muntah baca kesalahan depa ni. x ingat mati ka cmna?atau dengan harapan buat dosa dlu, taubat sblum tua. apa la nasib si mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
ingat ke bangsa lain...rupanya melayu islam... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat citer tok adi & didie alias yg jual baby dengan guna anak2 perempuan dorang, sumbang mahram.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua kes tahun 2022..masa tu budak baru 12 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pun cm hanet.. kesiannya bdk tu. Tp mana mak bapak or family bdk ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak menganggur dek? Itulah kerja depa dek. Jadi mak hayam dan bapak hayam haram jadah lagi tersyiallll dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Sial betoi hukum gantung smpai mati Besit ngn rotan dulu siksa giler |
|
|
|
|
|
|
|
Tepek gambaq lahanat2 ni semua. Tampal poster muka depa besar2 1 pekan tu. Nakharam betui. Murung baca berita ni.
Hg betina pakai tudung buatpa. agama apa pompuan ni buat2 pakai tudung |
|
|
|
|
|
|
|
Matilah ko setan-setan pedofile dengan azab yg pedih. Rabak babik budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru kat dunia mendapat balasan mcmni. Nantikanlah balasan yg lebih dasyat lagi di akhirat. Mana mau lari!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|