CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 587|Reply: 1

Hilang Dalam Hutan, Remaja Ditemui Lemas Di Kawasan Air Terjun

[Copy link]
Post time 6-1-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja ditemui lemas di air terjun Laman 3 Budaya, Asahan, pada jam 1.29 pagi tadi.




Pihak bomba menemui seorang remaja yang lemas di air terjun Laman 3 Budaya, Asahan, pada jam 1.29 pagi tadi.





Mangsa, Muhammad Radif Azahari, 19 tahun, dilaporkan hilang sejak jam 7 petang dalam hutan selepas pergi bersama seorang rakannya.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin (BBP) Jasin, Penguasa Bomba Kanan II, Seleman Tugi berkata, rakan mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Tangkak Johor dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.24 malam bagi memohon bantuan mencari mangsa.


“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam jarak 500 meter dari kawasan mangsa dipercayai hilang.


“Selepas hampir tiga jam operasi dijalankan, pasukan bomba menemui mangsa lemas di kawasan air terjun dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.




Pihak bomba melakukan operasi mencari mangsa yang hilang.



Jelas Seleman, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi bedah siasat dan operasi tamat pada jam 2.36 pagi.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 04:13 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.172506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list