View: 1112|Reply: 6
|
Tuan Rumah Langsung Tak Order, Makanan Salah Alamat Selalu Berlambak-Lambak 'Datang'
[Copy link]
|
|
Gara-gara salah alamat, ramai penghantar makanan terpaksa meletakkan makanan di rumah yang salah.
Menurut video dimuat naik @_nuoraziz di media sosial memaparkan terdapat notis pemberitahuan telah diletakkan di tembok dan pagar rumah memaklumkan penghantar makanan tetapi tidak berhasil.
“Di tembok serta pagar sudah diletakkan notis dan makluman menerusi media sosial juga sudah dilakukan. Namun, masih ramai lagi penghantar makanan yang meninggalkan makanan di alamat rumah kami.
“Tambahan lagi, semasa bulan puasa. Semakin banyak makanan yang ditinggalkan sedangkan kami tidak memesannya sehingga akhirnya makanan itu terpaksa dibuang begitu saja,” jelasnya menerusi video tersebut.
Di ruangan komen, hantaran itu mengundang pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen dan ada yang sempat berkongsi pengalaman sama.
“Mungkin masalah lokasi peta yang salah. Macam kakak saya yang sudah banyak kali mendapat pesanan makanan dihantar oleh Grab. Sedangkan dia tidak memesannya,” komen Hanani Hamid.
“Kadang, lokasi dipinkan itu yang salah. Seperti alamat rumah saya, susah sungguh hendak mencari alamat dalam foodpanda atau grab. Ada ‘rider’ yang baca dan ada yang tidak baca,” tulis Aniza Hanis pula. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rider pmalas kot, cuma nak duit je pstu flaunting kat socmeds "Tngok ni, gji aku as Rider bribu2 ringgit". |
|
|
|
|
|
|
|
rider akan check kalau COD je kot..
sebab payment belum dapat..
yang dah bayar tu dia ikut je la alamat kena hantar..
dah kerja dia pun deliver je..
dia peduli apa siapa yang order apa..
dah alamat ke situ, hantar la ke situ..
kau question dia pun, dia mana boleh check siapa yang order sebenarnya..
patut tuan rumah ni report ke grab panda segala la yang rumah dia selalu rider salah hantar..
cuba minta grab panda block account lain yang guna alamat dia ke..
plus mesti orang yang order akan report makanan tak sampai ke rumah dia kan..
takkan orang yang order redha je dah bayar makanan tak sampai..
ke jenis tuduh rider yang curi makanan dia?
ujung-ujung rider jugak yang kena.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak brg2 biasa yg bukan aku punya kurier duk hantar. Dia tgk no.umah dgn lorong sama. nama tmn tak sama
Itu taman sebelah punya. Aku malas nak antar ke alamat kalau rajin antar lah. Kadang kurier patah balik cari brg kat umah aku heehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dr PKP smpi ujung tahun 2022,rider cuma blh antar food kt lobby.. Pernah sekali terkena, rider FP tak msg, tak call tiba2 food dah delivered. Cek gambar dorg letak kt system, kondo mana tah dia pi letak sebelah security. Dah lah security punya baju pon lain.. Terus complain lah.. Nasib dpt refund. Tapi aku lah kelaparan..
Skang food semua antar depan umah, tapi dah lama tak order.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols umah dulu pun sama. courier/rider salah tgk phase. address sama tp phase lain2. kdg iols pun malas nak p anto ke rumah sepatutnya sbb gated area tmn iols tu guard byk songeh. kene lalu 2 gate plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rider hon hon hon depan rumah orang, dah aku kelam kabut lari pegi ke depan, dia tayang muka kerek. Dia nak pass makanan, aku ckp aku tak de order, dia sebut no rumah. Aku pun nak juga balas kerek dia, dengan muka kerek 'tu rumah sebelah'.
Kau ckp sorry pun takde dik. Wahai rider skalian, bukan masa kalian saja emas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|