CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

Ulat Tiket Dah Mula Operasi

[Copy link]
Post time 6-1-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa pihak cuba menangguk di air keruh susulan tiket separuh akhir Piala AFF 2022 membabitkan pertemuan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu sudah habis terjual.


Hasil tinjauan yang dilakukan ke atas beberapa platform jual beli atas talian, beberapa individu cuba menjual tiket perlawanan tersebut dengan harga yang lebih mahal berbanding harga asal yang di tawarkan iaitu RM30 untuk tempat duduk terbuka.




Harga ulat tiket untuk aksi separuh Piala AFF membabitkan skuad negara menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.





Harga yang dijual oleh ulat tiket ini pula untuk tempat duduk yang sama adalah sekitar RM 40 hingga RM 70.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dapat memperuntukkan 59,000 ribu tiket sahaja untuk aksi kali ini memandangkan baki 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pemasangan pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari depan.


Kesemua tiket tersebut habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas jualan dibuka sejak pukul 3 petang semalam.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.259587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list