View: 585|Reply: 3
|
Rumah Merah Disimbah Ah Long Angkara Bekas Suami
[Copy link]
|
|
Lelaki ditahan polis selepas dipercayai terbabit kes gangguan Ah Long dan menyimbah cat merah rumah mangsa di Subang Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pada 16 Disember lalu jam 6.30 petang, seorang wanita menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada anak perempuannya berhubung rumahnya disimbah cat merah oleh Ah Long.
Menurutnya, wanita (pengadu) itu mengatakan bahawa bekas suaminya yang menghantar mesej itu kepada anak perempuannya.
Gambar hiasan
"engadu turut memberitahu bahawa selain dirinya, kakak iparnya turut menerima mesej daripada Ah Long yang bertanyakan bekas suaminya itu.
"engadu mengesyaki bekas suaminya adalah individu yang bertanggungjawab meminjam wang daripada Ah Long sehingga menyebabkan gangguan itu.
"Bertindak atas maklumat, pada jam lebih 1.50 pagi semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menahan lelaki berusia 43 tahun di Jalan Sungai Long, Kajang.
"Turut dirampas adalah telefon bimbit, baju sejuk, motosikal, satu botol semburan, 14 botol sirap ros dan peralatan lain digunakan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam enam kes di sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ahlong ni..teringat ckgu2 skolah aku dpt msg dr ahlong. Ad parent ni loan ahlong..abis sume ckgu2 dpt msg suh byr hutang. Rupanya ahlong skang, spe buat loan, dia akan amik semua contact number dlm phone org tu. Abis dia anta msg ke org2 dlm senarai contact tu ble org x byr loan. Gile btul.. |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81: Kes ahlong ni..teringat ckgu2 ...
Betul tu.. Kawan sekolah pon terkena mcmtu... Tak tau baper byk dia pinjam ahlong, tiba2 kawan2 yg lain dapat msg bagitau dia ni pinjam duit tak nak bayar.. Sapa2 yg ada dia save contact number akakn dapat msg tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sirap ros?
Dia simbah pakai cat ke pakai sirap ros tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|