View: 1331|Reply: 11
|
‘Hoi, Hoi Ya Hoi’ - Jakim Siasat Pegawainya Kutuk Kerajaan Perpaduan Ketika Ceramah
[Copy link]
|
|
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung video ceramah tular oleh salah seorang kakitangannya yang didapati menimbulkan reaksi tidak senang netizen.
Jakim menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Gambar hiasan
Menurutnya, pihaknya juga telah memulakan prosiding tatatertib terhadap pegawai itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.
“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen,” katanya.
Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pegawai Jakim berjawatan Penolong Pengarah Kanan yang juga seorang penceramah yang mengutuk Kerajaan Perpaduan.
Ceramah itu dipercayai dirakam di sebuah masjid di Selangor pada 2 Januari lalu.
Kandungan ceramah itu antara lain turut menyentuh perihal lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ yang dijadikan senjata politik sebuah parti sebelum pilihan raya umum lalu.
Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen terhadap video itu antara lain mengecam tindakan ustaz berkenaan kerana menjadikan masjid untuk mengutuk Kerajaan Perpaduan.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
lagu penyamun dh lama content creator PH dlm sosial media delete/hide
sebab malu nk jilat
lagi mau ungkit balik
memang mendapat la |
|
|
|
|
|
|
|
Para ustaz/ustazah ahli totok PAS ni dhlama berada dalam kerajaan dari dulu lg hatta dari ustaz sekolah ke jabatan tinggi kerajaan.Bezanya tahu membezakan waktu mana bicara politik atau tidak.Klu dah terang2 niat nak mengutuk kerajaan yg dia x sukai dgn menyalahgunakan kesempatan yg diberikan padanya dlm kuliah agama/subuh dsb sebagai manusia yg ada nilai intergriti dan maruah patut letak jawatan masuk politik sepenuhnya.Kutuk dan complain x kira waktu org xkisah |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai2 jilake cmni patut kena buang jah. Nk kutuk kerajaan terang2 tpi masih duduk pegang jwtan dlm kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
sokong atau tidak kerajaan kena ada etika ketika bekerja ye |
|
|
|
|
|
|
|
Jay chou patut nyanyi lagu ni dlm konsert dia as a tribute to kj perpaduan… |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum pru ble pulak ramai2 nyanyi hepi2 sambil pegang kertas lirik |
|
|
|
|
|
|
|
xpun penceramah ni pakai internet explorer..... baru sampai part sebelum pru |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke pm10 pun sama2 nyanyi lagu tu masa kempen? |
|
|
|
|
|
|
|
JAKIM abis masa siasat diri sendiri bila masa nak majukan Islam.
Pembayar cukai senyum kambing
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu kalau najib buat camni dikatakan zalim dan tiada hak bersuara
Sekarang jilatlah balik ludah tu ye.. tak tau malu punya pensokong ph |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 6-1-2023 12:31 PM
sensitip pulok pencacai PH.
padahal ini la lagu rasmi mereka sebelum bercemolot dengan BN.
sekarang bila orang lain nyanyi, sentap la puler
|
|
|
|
|
|
|
| |
|